E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 122 “ Haji itu sekali sahaja (bagi yang mampu), selebihnya adalah sunat.” (Abu Dawud, no. 1721). Hadis ini memberi isyarat bahawa ibadah haji tidak dituntut melainkan bagi yang benar-benar berkemampuan. 3. Kurangnya Penilaian Psikologi dan Mental Penilaian istita‘ah oleh TH jarang mengambil kira aspek kesihatan mental dan psikologi bakal haji. Ramai yang tidak bersedia dari segi daya tahan mental menghadapi kesesakan, tekanan emosi, dan kepenatan fizikal di Masyair (Mina, Arafah, Muzdalifah). Hal ini menyebabkan sebahagian jemaah mengalami gangguan emosi yang menjejaskan ibadah. 4. Kelemahan Integrasi Data dan Teknologi Rekod kesihatan bakal haji tidak sepenuhnya diintegrasikan dengan sistem digital nasional seperti MySejahtera atau rekod KKM. Akibatnya, ada bakal haji yang mempunyai sejarah penyakit kronik atau risiko tinggi tetapi maklumat tersebut tidak dikemaskini dengan baik untuk rujukan Tabung Haji. 5. Tekanan Faktor Giliran Panjang Disebabkan tempoh giliran haji yang terlalu panjang (ada yang mencecah 30 tahun), ramai yang memilih untuk menunaikan haji walaupun dalam keadaan uzur. TH sering berhadapan dilema antara menjaga hak giliran jemaah dan prinsip syariah dalam memastikan syara t istita‘ah benar -benar dipenuhi. Dalam hal ini, berlaku konflik antara maslahah fardiyyah (hak individu) dengan maslahah ʿāmmah (kepentingan awam). Dari sudut siyasah syar‘iyyah, ulil amri perlu mendahulukan kepentingan umum, termasuk keselamatan dan kela ncaran ibadah jemaah secara kolektif. 6. Kekurangan Mekanisme Penangguhan (Istibdal) Walaupun syarat kesihatan tidak dipenuhi, tidak ada mekanisme konsisten yang membenarkan penangguhan haji ke tahun lain tanpa menjejaskan giliran asal. Hal ini menyebabkan bakal haji lebih rela mengambil risiko, daripada menangguhkan giliran. Kelemahan penilaian istita‘ah oleh Tabung Haji berpunca daripada penekanan yang berat sebelah kepada aspek kewangan, sistem pemeriksaan kesihatan yang tidak menyeluruh, kurangnya penilaian psikologi, serta dilema giliran panjang. Dari sudut fiqh dan maqasi d syariah, ini boleh membawa kepada pelanggaran prinsip ḥifẓ al - nafs dan rafʿ al - ḥaraj (mengangkat kesusahan). Justeru, sistem penilaian perlu diperkukuh dengan pemantauan kesihatan berterusan, integrasi data digital, serta mekanisme fleksibel yang menyeimbangkan antara hak individu dan maslahah umum. Sebagai kesimpulan istitaʿah merupakan syarat syarie bagi individu untuk menunaikan haji yang meliputi kemampuan kewangan, kesihatan, fizikal dan perjalanan, sebagaimana firman Allah Ta‘ala : ا ﴾ ﴿وَلِلِِّ عَلَى الناسِ حِج الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلً “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu mengadakan perjalanan ke sana” (Āli ʿImrān 3:97) Kuota haji pula adalah mekanisme pentadbiran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi menjaga kelancaran dan keselamatan ibadah. Dalam konteks semasa, kedua-duanya saling berkait rapat kerana meskipun seseorang telah memenuhi syarat istitaʿah, k ewajipan haji masih tertakluk kepada penggiliran kuota yang diuruskan oleh Tabung Haji sebagai wakil ulī al -amr. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: « عَلَيْكُم بِالسمْعِ وَالطاعَةِ وَإِنْ تَأَمرَ عَلَيْكُمْ عَبْد » “Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin, sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba” (Riwayat al - Bukhārī dan Muslim ) 5 . Justeru, konsep istitaʿah moden bukan sahaja menuntut kemampuan individu, bahkan juga bergantung kepada kelulusan kuota yang bersifat kolektif demi maslahah umat. Oleh itu, pengurusan kuota haji berfungsi sebagai pelengkap kepada syarat istitaʿah dengan memastikan ibadah ini dapat dilaksanakan secara teratur, adil dan selamat, selaras dengan maqāṣid al - sharīʿah 5 Al- Bukhārī, M. I. ( 1987). Ṣ a ḥīḥ al- Bukhārī (Kitāb al -A ḥkām, Hadith no. 7 1 42). Beirut: Dār Ibn Kathīr. Muslim, I. al- Ḥ . (1991). Ṣ a ḥīḥ Muslim (Kitāb al - Imārah, Hadith no. 1 839). Beirut: Dār Iḥyāʾ al - Turāth.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=