E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 121 dokumen rasmi Tabung Haji dan Kerajaan Arab Saudi, di samping sumber sekunder berupa buku, artikel jurnal, tesis dan laporan akademik. Analisis dilakukan secara tematik, perbandingan, dan normatif, iaitu mengenal pasti tema utama berkaitan istita‘ah, menil ai dasar kuota haji dengan kerangka maqasid, maslahah, dan keadilan, serta merumuskan hubungan antara kewajipan ibadah individu dan tadbir urus kolektif ulil amri dalam konteks pengurusan haji semasa. KONSEP ISITA ‘AH DAN AMALAN DALAM TABUNG HAJI MALAYSIA Berpandukan kepada firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu bagi orang yang mampu sampai kepadanya. maka setiap orang Islam yang ingin mengerjakan haji mestilah seorang yang sudah mencukup syarat istita’ah. Ayat ini menjadi dasar hukum bahawa kewajipan haji bukan bersifat mutlak ke atas semua Muslim, tetapi terikat dengan kemampuan. Hadis Nabi SAW juga turut menegaskan konsep ini, apabila Baginda menjawab pertanyaan sahabat mengenai maksud sabil dalam ayat tersebut dengan sabda: “Ia adalah bekalan dan kenderaan. Justeru, aspek kewangan ( istitaʿah bil - māl ) adalah syarat utama untuk menunaikan ibadah haji. Dalam konteks kontemporari, kewujudan institusi seperti Tabung Haji di Malaysia menjadi instrumen siasah syar‘iyyah yang memastikan umat Islam dapat mengurus kemampuan kewangan secara teratur. Dapat disimpulkan bahawa Istita’ah adalah merupakan syarat utama untuk menunaikan haji ke Mekah. Ia telah disebut dengan jelas sekali dalam al-Quran dan hadis. Berdasarkan nas-nas dari al-Quran dan hadis pihak Tabung Haji telah menetap bahawa istita’ah i tu meliputi perkara berikut: tambang pergi dan balik, bekalan / nafkah, ada kenderaan pergi dan balik, terpilih dalam korta haji, aman dalam perjalanan pergi dan balik, sihat tubuh badan, berkesempatan masa, visa haji dari Kerajaan Arab Saudi KELEMAHAN PENILAIAN ISTITA‘AH OLEH TABUNG HAJI Konsep istita‘ah ( الاستطاعة ) merupakan asas kewajipan haji, sebagaimana firman Allah SWT: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji di Baitullah, iaitu bagi sesiapa yang mampu mengadakan perjalanan ke sana” (Āl ʿImrān 3:97). Tabung Haji (TH) sebagai badan pengurusan haji rasmi di Malaysia memainkan peranan besar dalam menilai tahap kemampuan bakal haji. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan penilaian istita‘ah ini yang memberi kesan kepada keberkesa nan tadbir urus haji. 1. Penekanan kepada Aspek Kewangan Berbanding Kesihatan Sistem penilaian TH lebih menekankan kelayakan kewangan, iaitu jumlah simpanan mencukupi dalam akaun Tabung Haji. Walaupun pemeriksaan kesihatan diwajibkan, aspek ini kadang-kadang tidak begitu ketat. Akibatnya, ramai jemaah yang berpenyakit kronik, lanjut usia, atau lemah fizikal tetap mendapat kelulusan, walaupun sebenarnya mereka tidak memenuhi istita‘ah badaniyyah. Dari sudut maqasid syariah, ini bercanggah dengan prinsip ḥifẓ al -nafs (menjaga nyawa), kerana membenarkan mereka yang berisiko tinggi untuk menunaikan haji boleh mengundang mudarat terhadap diri dan juga jemaah lain. 2. Pemeriksaan Kesihatan yang Bersifat “One - Off” Pemeriksaan kesihatan TH hanya dijalankan sekali, iaitu beberapa bulan sebelum keberangkatan. Tiada sistem pemantauan kesihatan berterusan untuk memastikan tahap kesihatan jemaah kekal stabil. Dalam banyak kes, bakal haji yang pada awalnya lulus pemeriksaan akhirnya jatuh sakit sebelum berangkat atau semasa berada di Tanah Suci. Hadis Nabi SAW menunjukkan bahawa syarat istita‘ah bukan hanya kewangan tetapi juga fizikal: " ا لحج مرة، فمن زاد فهو تطوع "

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=