E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 119 APLIKASI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENGURUSAN KUOTA HAJI DI MALAYSIA: ANALISIS MENURUT SIASAH SYAR’IYYAH Mohd Asri Che Ibrahim, Ainun Afifah Mustapha IPG Kampus Kota Bharu; SMK Tanjung Emas, Kota Bharu Emel: asrijapim@gmail.com, ABSTRAK Pe ngurusan kuota haji di Malaysia merupakan isu yang sentiasa menuntut pendekatan berstrategi, telus, dan adil, khususnya dalam konteks peningkatan permohonan jemaah haji saban tahun. Perkembangan teknologi terkini, khususnya kecerdasan buatan (AI), membuka ruang baharu dalam usaha menambah baik sistem pemilihan, pengagihan, dan pengurusan kuota haji agar lebih efisien. Namun begitu, penerapan AI dalam pengurusan kuota perlu diteliti dari perspektif siasah syar‘iyyah bagi memastikan ia selari dengan prinsip maslahah, keadilan, ketelusan dan maqasid syariah.Kertas kerja ini bertujuan meneliti aplikasi AI dalam pengurusan kuota haji di Malaysia dengan menggunakan kerangka siasah syar‘iyyah sebagai analisis utama. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen da n pendekatan kualitatif deskriptif dengan merujuk kepada sumber fiqh siyasah, dasar pengurusan haji semasa, serta laporan Tabung Haji. Hasil kajian menunjukkan bahawa AI berpotensi membantu dalam pengurusan data yang lebih sistematik, mengurangkan risiko manipulasi, dan meningkatkan ketelusan dalam proses pemilihan jemaah haji. Walau bagaimanapun, penggunaan AI perlu dibimbing dengan prinsip syarak agar tidak menafikan hak golongan tertentu atau menimbulkan ketidakadilan sosial.Kesimpulannya, siasah syar‘iy yah menawarkan kerangka yang relevan untuk menilai dan menstrukturkan penggunaan AI dalam pengurusan kuota haji di Malaysia, sekali gus menjadikan teknologi moden sebagai instrumen yang selari dengan tuntutan maqasid syariah dan matlamat pengurusan ibadat haji yang lebih baik. Kata kunci: Siasah Syar‘iyyah(1), Haji (2), Kuota Haji(3), Kecerdasan Buatan (AI)(4), Maslahah(5) PENDAHULUAN Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima, justeru kedudukannya amat tinggi dalam syariat Islam. Pensyariatannya bukan sahaja menyentuh dimensi ubudiyyah individu, tetapi turut mempunyai implikasi kolektif yang menuntut penglibatan ulil amri melalui sistem tadbir urus yang sistematik. Hal ini menjadikan haji sebagai model terbaik bagi memahami aplikasi siyasah shar‘iyyah dalam konteks ibadah. Perkara ini dijelaskan oeh al-Quran melalui firman Allah SWT: ۚ ا وَلِلِِّ عَلَى الناسِ حِج الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلً “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji di Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya;” (Āl ‘Imrān 3:97) Ayat ini menjelaskan bahawa kewajipan haji hanya tertakluk kepada golongan Muslim yang memiliki kemampuan. Dalam tradisi fiqh, konsep ini disebut sebagai istitaʿah, yang meliputi kemampuan fizikal, kewangan, dan keselamatan perjalanan. Walau bagaimanapun, dalam konteks kontemporari, aspek istitaʿah turut merangkumi faktor pengurusan dan dasar -dasar yang ditetapkan oleh pihak berautoriti, termasuk isu pembahagian kouta haji oleh kerajaan. Selain itu, ia menunjukkan bahawa ibadah haji bukan sekadar perjalanan spiritual, tetapi juga suatu sistem sosial dan pengurusan yang perlu diatur

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=