OFFSTONE | JUNE 2026 EDITION
6 MENGKOMUNIKASIKAN IMAN DALAM ERA DIGITAL: ANTARA TRADISI DAKWAH DAN TEKNOLOGI BAHARU Oleh: Dr. Siti Suriani Othman suriani@usim.edu.my Penulis adalah pensyarah kanan, program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di Nottingham Trent University, United Kingdom (UK), dalam jurusan bidang kewartawanan. Minat kajian beliau adalah kewartawanan cetak dan dalam talian di Malaysia. ABSTRACT This article discusses the transformation of communicating faith in the digital era through social media, streaming platforms, and interactive communication technologies. It examines traditional and contemporary approaches used in several countries and highlights effective strategies for engaging modern audiences. Human-centered, ethical, and emotionally meaningful communication is essential in strengthening spiritual understanding today. Pengenalan Dalam dunia yang semakin dipengaruhi oleh teknologi digital hari ini, komunikasi mengenai iman dan kepercayaan bukan lagi terbatas kepada ceramah di masjid, rumah ibadah, buku bercetak atau pertemuan bersemuka. Kita nampak bahawa revolusi digital kian mengubah cara manusia berinteraksi, memperoleh maklumat dan membina kefahaman tentang agama. Media sosial, siar dengar digital, video pendek, aplikasi mudah alih dan platform penstriman kini menjadi ruang baharu untuk menyampaikan mesej keagamaan kepada masyarakat global tanpa sempadan geografi. Tidak dinafikan, perubahan ini menuntut pendekatan komunikasi iman yang lebih strategik, autentik dan dekat dengan realiti masyarakat semasa.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=