Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17

MA JA L AH A L - H I KMAH 06 MA JA L AH A L - H I KMAH 02 Hakikatnya, jika ditelusuri warisan keilmuan Islam, para salaf menitikberatkan aspek tazkiyah al-nafs , zuhud, muraqabah , ikhlas dan mujahadah, iaitu aspek- aspek yang menjadi inti pati tasawuf yang sahih. Perbincangan dalam edisi ini mengajak pembaca memahami bahawa tasawuf yang berpaksikan al-Quran dan al- Sunnah bukanlah sesuatu yang asing dalam manhaj salaf, bahkan sebahagian daripada kesempurnaan penghayatan agama. Tema ini juga penting dalam menangani kekeliruan sebahagian masyarakat yang melihat tasawuf dan salaf sebagai dua aliran yang bertentangan. Melalui artikel- artikel yang diketengahkan, pembaca diajak menilai isu ini secara ilmiah, adil dan berteraskan sumber-sumber muktabar, agar kefahaman terhadap warisan Islam menjadi lebih seimbang dan mendalam. Firman Allah SWT: (10) ﱠ ﺎﻫَﺎ ﻣَﻦ دَﺳ َ ﺧَﺎب ْ وَﻗَﺪ (9) ﱠ ﺎﻫَﺎ ﻣَﻦ زَﻛ َ أَﻓْﻠَﺢ ْ ﻗَﺪ Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya, dan rugilah orang yang mengotorinya.” (Al-Quran 91:9-10) Ayat ini menegaskan bahawa penyucian jiwa merupakan teras dalam pembinaan insan yang beriman, dan inilah antara ruh yang dibawa oleh tasawuf yang sahih sebagaimana difahami oleh para salaf. Sebagai penutup, saya menyeru para pembaca untuk terus menyumbangkan karya penulisan bagi penerbitan edisi-edisi yang akan datang. Usaha ini bukan sahaja memupuk budaya penulisan ilmiah, malah memperkukuhkan tradisi wacana intelektual dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat. Jawatankuasa Majalah Al- Hikmah juga komited menjadi platform kepada para penulis muda untuk terus berkarya dan menyumbang kepada pembangunan keilmuan Islam. Akhir kalam, semoga Majalah Al-Hikmah Edisi ke-17 ini memberikan manfaat kepada seluruh pembaca, mencetuskan pemikiran yang lebih mendalam terhadap tema yang dibawakan, serta menjadi legasi ilmu yang berterusan. Kepada seluruh ahli jawatankuasa Majalah Al-Hikmah, semoga terus istiqamah meneruskan tradisi kecemerlangan ini. Wabillāhi al-tawfīq wa al-hidāyah, wa ‑ salāmu ʿ alaykum wa ra ḥ matullāhi ta ʿ ālā wa barakātuh.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=