Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17
MA JA L AH A L - H I KMAH 06 MA JA L AH A L - H I KMAH 01 Dari Meja Ketua Editorِ أَﺷْﺮَف َ ﻋَﲆ ُ ﱠ ﻼَم وَاﻟﺴ ُ ﱠ ﻼَة وَاﻟﺼ َ اﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ ﱢ رَب ِ ﱣ ﻪ ﻟﻠ ُ اَﻟْﺤَﻤْﺪ ﱠﺣِﻴْﻢِ، اﻟﺮ ِ ﱠﺣْﻤَـٰﻦ ﷲ اﻟﺮ ِ ﺑِﺴْﻢ َ أَﺟْﻤَﻌِﻴْﻦ ِ وَﺻَﺤْﺒِﻪ ِ اٰﻟِﻪ َ وَﻋَﲆ ٍ ﱠ ﺪ ﻣُﺤَﻤ وَﻣَﻮْﻟٰﻨَﺎ َ ﱢ ﺪِﻧﺎ ﺳَﻴ َ وَاﻟْﻤُﺮْﺳَﻠِﻴْﻦ ِ اْﻷَﻧْﺒِﻴَﺎء Segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta para ulama yang mewarisi perjuangan dakwah Baginda. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada seluruh pembaca Majalah Al-Hikmah Edisi ke-17 Tahun 2026. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Majalah Al-Hikmah berjaya diterbitkan sekali lagi bagi edisi yang ke-17. Pihak editorial Majalah Al-Hikmah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang artikel, sama ada dalam kalangan pensyarah, mahasiswa mahupun masyarakat umum yang telah berkongsi buah fikiran dan karya ilmiah demi menjayakan penerbitan kali ini. Semoga segala penulisan yang dihimpunkan memberikan manfaat dan menjadi medan percambahan ilmu buat para pembaca. Jawatankuasa Majalah Al-Hikmah terus komited berusaha menjadikan majalah ini sebagai wadah penyebaran ilmu, pemikiran dan informasi oleh warga Program Pengajian Akidah dan Agama serta masyarakat umum kepada semua pembaca. Seperti tahun-tahun sebelumnya, semua edisi Majalah Al-Hikmah boleh diakses melalui laman sesawang rasmi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Bagi edisi kali ini, Majalah Al-Hikmah mengetengahkan tema “Adakah Golongan Salaf Bertasawuf?”, satu tema yang signifikan dan relevan dalam wacana keilmuan Islam semasa. Tema ini diangkat bagi menelusuri hubungan antara golongan salaf dengan disiplin tasawuf, sekali gus menilai hakikat sebenar tasawuf menurut kefahaman generasi awal umat Islam. Perbahasan mengenai tasawuf sering menimbulkan pelbagai persepsi, sama ada diterima sebagai inti penyucian jiwa dalam Islam ataupun dipersoalkan dari sudut sejarah dan amalannya. Justeru, edisi ini berusaha menyingkap persoalan sama ada tokoh-tokoh salaf benar-benar menghayati unsur tasawuf, atau adakah tasawuf itu suatu perkembangan yang lahir kemudian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=