Majalah Al-Hikmah Edisi ke 17
UCAPAN AWAL MUHARAM 1448H U م ِ ْ ﻴ ِ اﻟﺮﱠ ﺣ ِ ﻦ َ ﻤ ْ اﻟﺮﱠ ﺣ ِ ﻪ ٰ ّ اﻟﻠ ِ ﻢ ْ ﺴ ِ ﺑ Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat, dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke akhir zaman. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita diberi peluang untuk melangkah ke tahun baharu 1448 Hijrah. Awal Muharam bukan sekadar pertukaran angka dalam kalendar Islam, tetapi ia membawa erti yang mendalam tentang penghijrahan, perubahan, dan pembaharuan dalam diri menuju keredhaan Allah SWT. Sempena tahun baharu ini, marilah kita memperbaharui tekad dan semangat hijrah dalam kehidupan kita. Hijrah daripada kejahilan kepada ilmu, daripada kelekaan kepada kesedaran, daripada kelalaian kepada istiqamah dalam ibadah dan amal soleh. Semoga tahun ini menjadi titik tolak bagi kita untuk menjadi insan yang lebih baik, lebih taat kepada perintah Allah, serta lebih peka terhadap tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Pihak Majalah Al-Hikmah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H. Semoga Allah SWT memberkati permulaan tahun ini dengan rahmat, keselamatan dan kejayaan dunia akhirat. MA JA L AH A L - H I KMAH 15
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=