e-Risalah USIM - Edisi September 2022
SEPTEMBER 2022 8 | Memenangi Hati dan Minda Pengundi Muda: Tiktok Sebagai Platform Komunikasi Politik S ebut sahaja tentang platform media sosial TikTok, ramai mungkin membayangkan klip video pendek tular yang memaparkan tarian, gurauan atau ajukan suara- suara lawak yang menjadi satu fenomena di kalangan anak muda hari ini. Namun platform yang mula diperkenalkan pada tahun 2016 ini bukan lagi menjadi sekadar trend media bersifat sementara, tetapi sebagai satu daya kuasa penting dalam ekosistem media. Ia menjadi wadah terutama bagi golongan muda untuk berhibur, mendapatkan maklumat dan bertukar pandangan. Maka tidak hairanlah hari ini TikTok menjadi platform pilihan bagi ahli politik dan organisasi politik untuk memenangi hati dan minda golongan muda. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik USIM dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) terhadap 2000 bakal pengundi yang berumur 18 tahun dari seluruh negara mendapati bahawa platform TikTok menjadi saluran utama bagi mereka mendapatkan maklumat berkenaan politik (26.3%), diikuti dengan Instagram (22.2%) dan Facebook (17.3%). Dapatan ini adalah penting kerana golongan pengundi muda ini dilihat sebagai king makers pada pilihanraya umum ke 15 akan datang. Dengan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun berkuat kuasa pada Disember 2021, kuasa politik pengundi kali pertama dilihat amat penting. Ini bermakna penambahan 5.8 juta pengundi berumur antara 18 dan 21 tahun menjadikan jumlah pengundi berdaftar negara, yang kini 15.8 juta, meningkat sekitar 40% kepada 21.1 juta pengundi pada pilihanraya umum akan datang. Profesor Madya Dr Mohd Faizal Kasmani Pensyarah Program Komunikasi Media Baharu; dan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan In Our Words
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=