e-Risalah USIM - Edisi September 2022
SEPTEMBER 2022 5 | Festival Koir Tingkat Rasa Cinta Pada ‘Ibunda’ Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, USIM yang diurussetiakan oleh Pusat Kebudayaan USIM dan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Kolej Genius Insan telah menganjurkan Festival Koir Kemerdekaan Piala Pendaftar (FESKEP) yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor USIM. K umpulan Voice of Insan, gabungan peserta dari Kolej Genius Insan dan Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS) dinobatkan sebagai Johan FESKEP 2022. Manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Otai Irama Merdeka iaitu dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Prupel Harmonic Voice dari Pusat Perumahan Pelajar. Johan membawa pulang wang tunai RM 1000 berserta sijil dan piala, tempat kedua dan ketiga membawa pulang wang tunai RM 700 dan RM 500 berserta piala dan sijil. Penyertaan11kumpulanmelibatkan 18 jabatan ini menunjukkan bahawa staf USIM berupaya menyambut dan meraikan bulan kemerdekaan dengan meriah walaupun hampir dua tahun berdepan pelbagai kekangan dan sunyi dek pandemik Covid-19. Penganjuran pertandingan yang masuk kali kedua ini dilihat lebih meriah dengan penglibatan sejumlah 230 peserta dari penyertaan pelbagai jabatan USIM. Para penonton juga dapat menyaksikan secara langsung menerusi platform USIM TV dengan hampir 500 penyokong hadir memberi sokongan kepada jabatan masing-masing. Turut memeriahkan acara, legenda penyanyi rock tanah air Dato’ Nash yang juga Karyawan Seni USIM diundang sebagai ketua juri pertandingan. Selain itu, penyanyi dan Naib Juara Gegar Vaganza dan juga guru vokal Dia Fadilla serta juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2008 Azizul Haqim Md Anuwar turut hadir sebagai juri.
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=