e-Risalah USIM - Edisi September 2022

SEPTEMBER 2022 10 | PenawaranMybrain15 Wajar dibuka Semula Demi Melestarikan Pembangunan Modal Insan G enerasi dan modal insan yang berpendidikan tinggi merupakan aset utama dalam perlaksanaan pembangunan sesebuah negara. Tindakan mengabaikan kepentingan pendidikan bererti mengekang tahap pencapaian negara dan menyekat keperluan individu khususnya golongan pelajar sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat. Penekanan terhadap kepentingan bidang pendidikan dapat dilihat dengan jelas apabila peruntukan terhadap perbelanjaan sektor ini mencatatkan jumlah tertinggi dalam perbelanjaan kewangan negara menerusi bantuan dana, pinjaman dan biasiswa seperti bantuan MyBrain15 yang ditawarkan saban tahun sebelum ini. Hal ini adalah kerana pendidikan dianggap pelaburan jangka panjang yang akan membawa kepada produktiviti negara pada masa akan datang. Namun, setelah bertahun- tahun mahasiswa yang berkelayakan menerima bantuan ini, ianya kini tidak lagi ditawarkan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2019 telah mengumumkan bahawa tiada lagi permohonan baru dibuka bagi program Mybrain15 seperti sebelum ini dan ia bakal ditangguhkan ke satu tempoh yang akan ditetapkan. Keputusan ini mendapat pelbagai respon dan maklum balas dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi melibatkan graduan daripada golongan yang kurang berkemampuan untuk menampung yuran pengajian mereka. Peningkatan yuran pengajian saban tahun oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam dan luar negara dilihat menjadi faktor kemerosotan minat para graduan ijazah pertama untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ia sedikit sebanyak menjejaskan matlamat falsafah pendidikan negara yang bertekad untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk menyumbang kepada masa depan negara. Secara dasarnya, pelaksanaan Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) telah menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti mana yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan tentang perkembangan pendidikan sebagai matlamat utama negara. Justeru, program MyBrain15 yang ditawarkan pada awalnya merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membiayai yuran pengajian para graduan yang berkelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. Biasiswa ini digerakkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi menyokong objektif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang menyasarkan 60,000 pemegang PhD menjelang tahun 2025. Tujuan asal program ini ditawarkan bertujuan mendorong lebih ramai graduan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menghasilkan kajian dan penyelidikan yang berkualiti tinggi. Malah, Malaysia menunjukkan pelaburan berterusan dalam sektor pendidikan sejak merdeka pada 1957.  Dr. Amani Nawi Penyelaras Program Sarjana Fakulti Pengajian Bahasa Utama Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Penyelaras Program Sarjana Fakulti Ekonomi dan Muamalat

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=