e-Risalah USIM - Edisi September 2021
OGOS 2021 9 | Negeri Sembilan dan CITF Persekutuan, keperluan fasiliti dan logistik seperti reruai, khemah dan sebagainya berada dalam jumlah yang mencukupi dan memenuhi spesikasi sebagai PPV. Selain itu, sepanjang beroperasi, terdapat juga sumbangan- sumbangan asas seperti pelitup muka, cecair pembersih tangan serta makanan dan minuman yang diberikan kepada petugas sukarelawan di PPV IPT Mega USIM sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat yang diberikan sama ada melalui agensi luar atau perseorangan. Dengan sumbangan yang diberikan ini mampu memastikan pengoperasian PPV berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Apakah sumbangan signifikan PPV IPT Mega USIM dalam membantu mencapai imuniti kelompok di Negeri Sembilan? Sumbangan PPV IPT Mega USIM dilihat begitu signifikan apabila berjaya memberi dos vaksin kepada lebih 100,000 penerima vaksin daripada keseluruhan 800,000 penerima vaksin dewasa di Negeri Sembilan. Jumlah penerima yang tinggi ini menjadikan PPV IPT Mega USIM secara langsung menyumbang 13.1 peratus pembentukan imuniti kelompok di Negeri Sembilan bagi membendung penularan wabak Covid-19 dan sekaligus mendahului rekod kumulatif PPV IPT lain di Malaysia sebagaimana rekod statistik yang dikemukakan kepada KPT. Kita juga berjaya buktikan bahawa, meskipun kita bukanlah universiti gergasi di Malaysia, tetapi kita mampu untuk memberikan sumbangan besar terutamanya untuk rakyat khususnya yang berada di Negeri Sembilan dan negeri sekitarnya. Kongsikan pahit dan manis memori yang masih segar di ingatan sepanjang tempoh pengoperasian Sekiranya hendak dihitung kenangan-kenangan manis yang diperoleh sepanjang menguruskan PPV ini memang sungguh banyak. Walau bagaimanapun, antara yang masih segar dikenang adalah apabila menerima lawatan daripada figura-figura penting seperti Pro Canselor USIM, Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, serta Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun yang secara keseluruhannya berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh PPV kita. Selain itu, yang lebih terkesan adalah apabila melalui pengoperasian PPV ini kita berjaya memperkenalkan USIM kepada semua rakyat di Negeri Sembilan yang masih belum mengenali USIM serta mencipta imej yang amat baik dalam kalangan masyarakat yang bukan beragama Islam di negeri ini. Layanan baik yang diterima daripada semua sukarelawan PPV IPT Mega USIM berjaya menepis persepsi segelintir masyarat yang sebelum ini menyangkakan universiti ini eksklusif kepada Muslim sahaja. Terdapat juga satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan terjadi pada awal pelaksanaan operasi di mana berlaku sedikit kekecohan apabila tiba hari bilangan dos vaksin ditingkatkan daripada 1,500 dos sehari kepada 3,000 dos vaksin sehari. Ada sebilangan penerima vaksin yang hadir di luar daripada masa yang telah ditetapkan sehingga berlaku salah faham di lokasi pemberian vaksin. Walau bagaimanapun, berkat kesabaran dan sifat profesional semua petugas, isu ini berjaya diselesaikan dengan baik dan proses pemberian vaksin seterusnya kembali berjalan dengan lancar sehingga tamatnya operasi PPV. Ucapan penghargaan kepada semua warga PPT IPT Mega USIM Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan operasi PPV IPT Mega USIM ini terutamanya kepada tunjang utama PPV ini yang banyak membantu saya dalam menggalas amanah sebagai Pengerusi PPV IPT Mega USIM ini antaranya Dr. Nizam Baharom yang merupakan Pengurus PPV IPT Mega USIM; dan Dr. Tengku Amatullah MadeehahTMohd, Pakar PerubatanKesihatan Awam yang juga Timbalan Pengurus PPV IPT Mega USIM; serta pihak pengurusan universiti. Ucapan penghargaan juga saya panjangkan kepada YB Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan Exco Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam serta exco-exco Kerajaan Negeri lain yang turut terlibat dalam memberi sumbangan kepada PPV IPT Mega USIM. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Penyelaras PPV IPT Mega USIM Datin Siti Tahirah Zainal Abidin, Pn. Aziana binti Hizazi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban (Pegawai Penyelaras MyVac Seremban), anggota Sukarelawan Malaysia (RELA), anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Penyelaras Sukarelawan USIM En. Md. Ishah Rahman, En. Ekhmal Bukhary, Petugas Sukarelawan perubatan dan bukan perubatan USIM, Petugas-petugas Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) yang banyak membantu dalam menyalurkan informasi-informasi penting kepada masyarakat umum dan semestinya USIM Healthcare Sdn Bhd. yang terlibat dalam menyediakan kepakaran vaksinator di PPV USIM. Seterusnya kepada seluruh warga USIM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pengoperasian PPV IPT Mega USIM. Banyak nama-nama yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu di sini namun begitu jasa dan sumbangan kalian amat saya hargai. Akhir kata, semoga pengorbanan kalian dalam menyumbang masa dan tenaga sebagai petugas PPV IPT Mega USIM ini beroleh keberkatan dan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T. SEPTEMBER
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=