e-Risalah USIM - Edisi September 2021

OGOS 2021 8 | Pusat Pemberian Vaksin MegaIPT USIM 19 September 2021 menjadi tarikh yang signifikan kepada seluruh warga sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Institut Pengajian Tinggi (IPT) Mega USIM apabila secara rasmi menamatkan operasi dengan kumulatif pemberian 200,516 suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima sejak beroperasi 28 Jun lalu. Meskipun beroperasi hanya untuk tempoh sekitar tiga bulan, namun sudah pastinya begitu banyak pengalaman yang dikumpul yang akan kekal segar dalam ingatan semua yang terlibat dalam menjayakannya. Ikuti temu bual khas bersama Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Profesor. Dr. Muhammad Shamsir Mohd Aris, yang juga Pengerusi PPV IPT Mega USIM. Apakah cabaran utama yang dihadapi pada peringkat awal penubuhan PPV IPT Mega USIM? Inisiatif awal bagi mewujudkan PPV IPT ini merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai langkah membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam menyediakan akses yang lebih banyak kepada rakyat untuk divaksin. Apabila USIM dipilih sebagai salah sebuah PPV IPT, cadangan asal pemberian vaksin hanya mensasarkan sekitar 500 dos sehari memandangkan USIM tidak mempunyai fasiliti hospital perubatan yang tersendiri dan hanya memiliki Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) serta Fakulti Pergigian (FPg) sahaja. Walau bagaimanapun, atas kepercayaan yang diberikan jumlah ini meningkat kepada 1,500 dos sehari dan kemudiannya dinaikkan kepada 3,000 dos sehari bagi mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat. Sejurus mendapat makluman untuk menjalankan operasi, perkara pertama yang kami lakukan adalah mengedarkan borang pendaftaran sukarelawan kepada pakar perubatan dan pergigian yang berminat untukmenjadi sukarelawan di PPV yang akan ditubuhkan. Seterusnya satu lawatan tapak diadakan di Dewan Tuanku Canselor (DTC) yang telah dipilih sebagai lokasi pengoperasian PPV yang turut dihadiri oleh wakil ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Sembilan. Selain cabaran sumber manusia, apakah cabaran lain yang dihadapi, terutamanya dalam aspek keperluan fasiliti fizikal? Alhamdulillah dari aspek keperluan fizikal, USIM mempunyai Dewan Tuanku Canselor USIM yang berupaya menampung kapasiti 3,000 orang dalam satu-satu masa dan bersesuaian untuk dijadikan lokasi PPV. Ditambah dengan sumbangan peruntukan daripada Kerajaan Kisahdisebalik Kejayaan Pengoperasian Faces of USIM SEPTEMBER 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=