e-Risalah USIM - Edisi September 2021

Kemasukan Pelajar USIM bagi Sesi Akademik 2021/ 2022 Bermula 15 Oktober Ini U SIM giat mengatur persiapan bagi memastikan proses kemasukan pelajar berjalan dengan lancar. Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi Semester I, Sesi Akademik 2021/2022 di USIM masih lagi akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Manakala sesi PdP secara hibrid pula akan dilaksanakan bagi program pengajian yang melibatkan latihan amali, makmal, studio, badan beruniform dan keperluan mengikut standard program serta badan profesional. Pihak USIM juga secara dasarnya membenarkan pelajar berkeperluan lain seperti pelajar yang tidak mempunyai akses internet, pembelajaran yang tidak kondusif untuk pulang ke kampus dan mengikuti pembelajaran dalam talian dari kampus. Manakala dari aspek kemudahan penginapan, USIM kini sedang membuat persediaan di kolej-kolej kediaman dengan konsep ‘Penginapan Gelembung Selamat Kampus’ yang mengutamakan kawalan keselamatan jangkitan daripada wabak COVID-19 di samping menaik taraf kemudahan yang lebih menarik bagi pelajar USIM. Sehingga kini 93.4% daripada 1686 kakitangan USIM telah lengkap dua dos vaksin manakala 38.3% daripada 9,489 pelajar telah memberikan maklum balas melalui sistem istudent telah lengkap dua dos vaksin. Bagi pelajar yang masih belum lengkap dos vaksin, pihak universiti akan membantu pelajar mendapatkan vaksin di PPV yang berdekatan. Warga USIM yang terdiri daripada pelajar, kakitangan pentadbiran dan kakitangan akademik perlu lengkap dua dos vaksin jika ingin masuk ke kampus serta melibatkan diri dengan sesi PdP atau apa-apa bentuk pertemuan fizikal di dalam kampus. Tiada kompromi bagi warga USIM yang tidak lengkap vaksin untuk masuk ke kampus. Namun demikian, USIM akan bertindak berdasarkan ketetapan Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi dari semasa ke semasa. M ajlis anjuran Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI MAKTUM) USIM dan Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (FAQEH) ini bersiaran melalui saluran Youtube dan Facebook Sahabat FAQEH USIM. Program ini turut mendapat sokongan daripada Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) USIM, Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA), Persatuan Orang Pekak Selangor Darul Ehsan (POPSDE) dan Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran Kawasan Seputeh (PKOKS). Menurut Muhammad Nabil Mohd Firdaus Pengerusi Sahabat FAQEH USIM 2021, persatuan Khidmat Mahasiswa Cakna OKU merasa terpanggil untuk memberi ruang dan peluang bagi meraikan ketidakupayaan komuniti OKU Pendengaran ini dalam membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian mereka. “Ini merupakan program julung kalinya diadakan bacaan Yasin dengan menggunakan Kod Tangan Quran. Program ini turut memperkenalkan kaedah dan teknik membaca Quran bagi komuniti OKU Pendengaran dengan mengisyaratkan setiap bentuk huruf-huruf Quran (Rasm) tanpa tanda baris (Dabt) yang diwakili Kod Tangan Quran (KTQ)”. Komuniti OKU Pendengaran Sambut Hari Malaysia dengan Majlis Bacaan Yasin Tanpa Suara Aplikasi Quran Isyarat ialah aplikasi pertama yang dibangunkan USIM. Ia merupakan platform yang digunakan dan menjadi panduan pembacaan dalam program ini. Orang ramai boleh muat turun perisian Aplikasi Quran Isyarat melalui App Store atau PlayStore. 7 | SEPTEMBER 2021

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=