e-Risalah USIM - Edisi September 2021
TamhidiUngguliKejohananDebat PialaNaibCanselor2021 USIM Terpilih Mewakili Malaysia ke Pertandingan PABM 2021 Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Urusetia Kelab Debat USIM ini telah memasuki edisi ke-14 sejak kali pertama ia diadakan pada tahun 2007. T amhidi muncul sebagai Johan Kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Bagi Pendebat Terbaik Akhir Bahasa Melayu telah dimenangi oleh Ahmad Hanbal Liman dari pasukan Tamhidi, Pendebat Terbaik Akhir Bahasa Inggeris dimenangi oleh Siti Khadijah Azman dari pasukan Tamhidi dan Pendebat Terbaik Akhir Bahasa Arab dimenangi oleh Nurul Izzah Zahir dari pasukan Fakulti Sains dan Teknologi. Johan bagi setiap kategori membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1500, manakala pendebat terbaik pertandingan akhir setiap bahasa pula menerima hadiah wang tunai RM100. Naib Canselor Prof. Dato Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapan perasmiannya berkata, penglibatan pelajar dalam program ini boleh membentuk karisma dan peribadi yang unggul dalam diri mahasiswa dan mahasiswi agar mereka mampu berfikiran analitis dan kritis dalam mengupas sesuatu isu di samping dapat mengukuhkan penguasaan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Arab. Tamhidi ungguli Kejohanan Debat Piala Naib Canselor 2021 apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Debat Piala Naib Canselor yang berlangsung baru-baru ini. M unirah Muhammad dari USIM muncul sebagai Naib Johan pada sesi akhir pemilihan Wakil Malaysia ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021. Manakala Johan disandang oleh Siti Nur Shafika Md Fakharuzi dari Institut Perguruan Malaysia (IPGM) Cyberjaya. Program anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan USIM ini nerupakan acara tahunan yang tidak lain bertujuan mengangkat citra serta kedaulatan Bahasa Melayu di persada dunia dan merupakan satu bentuk manifestasi terhadap perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan alat penyatuan pelbagai kaum di Malaysia. Munirah yangmerupakanmahasiswaFakulti Syariah dan Undang-undang bakal mewakili Malaysia ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 yang akan diadakan pada 10-14 November 2021 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dari kiri: Ahmad Hanbal Liman, Siti Khadijah Azman dan Nurul Izzah Zahir Momen@USIM 6 | SEPTEMBER 2021
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=