e-Risalah USIM - Edisi September 2021

SambutanBulan Kebangsaanperingkat USIM2021 2 | Campus News Penaung: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor KetuaEditor: En. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) SidangEditor: En. Mohd Zaini Othman Pn. Nor Fadzlina Azahari Pn. Noorumaina bt Mohamed Yunus En. Mohd Badrul HishamZakaria Pn. Saraina Kassim Konsep& Rekabentuk: Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi: En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat USIM bagi tahun 2021 melabuhkan tirainya dengan pelancaran perasmian penutup oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Dr Mohd Rushdan Jailani melalui facebook USIM TV. Beliau menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar selaku urus setia Sambutan Bulan Kebangsaan USIM 2021 serta kerjasama pelbagai Pusat Tanggungjawab dan Majlis Perwakilan Pelajar. “Mensyukuri nikmat merdeka hendaklah dibuktikan dengan hati dan jiwa, dilafazkan melalui lidah dan dipraktikkan melalui tindakan ke arah menjadikan Malaysia aman, makmur dan sejahtera. Mengisi kemerdekaan dan mengekalkan kemerdekaan juga menjadi tanggungjawab masyarakat negara ini terutamanya generasi muda”. “Generasi muda perlu sentiasa bersiap sedia menjadi ahli masyarakat yang berfungsi dengan baik sekali gus memberi impak positif kepada komuniti. Kita berjuang dengan cara kita iaitu membantu sesama kita, rakyat Malaysia, dalam memerangi pandemik COVID-19 yang melanda. Teruskanlah perjuangan ini dan jangan pernah berhenti selagi kita belum merdeka daripada pandemik COVID-19 ini demi kesejahteraan semua”, ujar Prof Rushdan. Majlis Penutup turut mengumumkan pemenang pertandingan sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan. Bagi pertandingan Ekspresi Merdeka USIM iaitu sebanyak 44 penyertaan dari kalangan staf dan pelajar yang telah memenangi Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM250, Naib Juara RM150 Tempat Ketiga RM100 dan Saguhati RM50. SEPTEMBER 2021 melabuhkan tirai

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=