e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2022

OKTOBER 2022 8 | JalanMenujuBahagia Jalan menuju bahagia itu ada pelbagai, salah satunya adalah melalui ‘katarsis jiwa’ atau kelegaan emosi yang dapat dicapai semasa sesi kaunseling. P eranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling pada masa kini dilihat sebagai satu keperluan yang penting dalammenambah baik status kesihatanmental rakyat Malaysia. Hal ini kerana, masalah kesihatan mental menunjukkan trend peningkatan dengan statistik individu yang mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) meningkat lima kali ganda berbanding 2020. Statistik menunjukkan pada tahun lalu sebanyak 212,319 panggilan diterima oleh MHPSS berbanding pada tahun sebelumnya dengan 44,061 panggilan. Tambah gusar adalah apabila statistik tingkah laku bunuh diri juga berada pada kadar yang membimbangkan dan peningkatan ketara iaitu sebanyak 81 peratus pada tahun 2021 (1,142 kes) berbanding dengan 631 kes yang dilaporkan pada tahun 2020. Apa yang menyedihkan apabila majoriti masyarakat Malaysia masih mempunyai stigma kepada individu yang mempunyai masalah mental. Disebabkan oleh stigma ini, ramai penghidap masalah mental malu untuk tampil mendapatkan bantuan kaunseling ataupun rawatan di mana-mana klinik mahupun hospital kerana tidak mahu dilabel sebagai ‘gila’. Justeru, sebagai salah satu langkah dalam mempromosikan perkhidmatan kaunseling dan meningkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat Malaysia berkaitan isu kesihatan mental ini, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Bulan Kaunseling Kebangsaan. Bulan Kaunseling Kebangsaan ini disambut sepanjang bulan Oktober dan diisi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh badan-badan seperti Lembaga Kaunselor termasuk agensi kerajaan, Institut Pengajian Awam/Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain pihak. Bulan Kaunseling Kebangsaan Kaunseling Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan In Our Words

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=