e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2022

OKTOBER 2022 7 | F akulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM dan Politeknik Port Dickson telah memeterai jalinan kerjasama melalui Certificate of Collaboration (CoC) untuk memperkasa bidang penyelidikan, inovasi dan penerbitan. Menurut Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, strategi ini memberi peluang kepada kedua-dua buah institusi untuk berkongsi kepakaran terutamanya dalam bidang kejuruteraan dan seni bina. Prof. Madya Dr. Nurkhamimi Zainuddin, Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) berkata, inisiatif penganjuran Outreach UPU2U ini adalah satu USIM, Politeknik Meterai CoC Sempena Outreach UPU2U 2022 strategi dalam memberi maklumat dengan lebih awal agar kesedaran untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dapat dipertingkat. Program selama dua hari ini melibatkan 20 kumpulan pempamer termasuk universiti awam dan agensi seperti Bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Klinik Kesihatan Port Dickson. Selain itu, program ini juga diselingkan dengan beberapa aktiviti seperti program bual bicara bersama alumni USIM dan Politeknik, pameran sains dan demonstrasi pemadaman kebakaran dan uji kaji sains oleh pelajar Fakulti Sains dan Teknologi USIM. USIMMeterai MoA bersama Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd dalam Bidang Halal U SIM meluaskan lagi jangkauan bersama industri dalam bidang halal apabila menandatangani memorandum Perjanjian (MoA) bersama Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menjadi intipati utama perjanjian dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalankan sekurang-kurangnya tiga aktiviti atau program di sekolah, universiti serta institusi Pendidikan lain dalam setahun di bawah Program ‘Halal@District With MAMEE’ di samping mengendalikan soal selidik dalam kalangan guru-guru yang terlibat dengan keberkesanan program serta menganalisis aktiviti yang dilaksanakan semasa program berdasarkan pendekatan dan perspektif gamifikasi. Perjanjian ini juga adalah bagi menggalakkan penyebaran ilmu pengetahuan melalui penyertaan industri dalam program ‘Halal Talk’ yang bakal dianjurkan. Dapatan pembentangan persidangan dan penerbitan akan turut dibentangkan sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ahmad Syukry Ibrahim, Pengarah JabatanHalEhwalIslamdanHubungan Kerajaan, Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. berkata, dengan kerjasama strategik ini, isu-isu kepenggunaan halal, serta pemindahan kepakaran dan pengetahuan industri kepada universiti dan program yang dijalankan oleh Mamee dan USIM akan mendapat manfaat yang positif kepada pelajar dan masyarakat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=