e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2022

OKTOBER 2022 6 | USIM lancar ProgramMicrocredential, Platform Pembelajaran Sepanjang Hayat U SIM melancarkan program Micro- credential bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3. Disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, program Micro-credential ini merupakan salah satu inisiatif utama e-Pembelajaran di USIM. Micro-credential adalah pembelajaran dalam talian berasaskan topik. Ianya bertujuan untuk meningkatkan skil atau memperbaiki ilmu dan melaksanakan personalized learning. Ianya sejajar dengan Shif 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Pendidikan Tinggi (PPPM:PT) iaitu Globalised Online Learning. Peserta yang berjaya melengkapkan topik dianugerahkan lencana digital dan sijil tamat kursus. Melalui sinergi bersama Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETL), Penolong Naib Canselor (Penjanaan dan Kelestarian Kewangan), Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) dan fakulti-fakulti serta pusat akademik, sebanyak 15 kursus Micro-credential yang mempunyai daya saing tinggi bakal ditawarkan selari dengan Sasaran Tahunan USIM (STU5): Projek Micro-credential. Antara kursus Micro-credential USIM adalah Pengurusan Harta dan Pewarisan Pusaka - Pengiraan Faraid; Kaunseling Keluarga: Apa dan Bagaimana; Pembangunan Kamus Poket Bahasa Arab Menggunakan Data Studio; B&K Up: Kursus Asas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling untuk Komuniti Pendidik; Pemantapan Perpaduan Kaum; Perundangan Keluarga Islam di Malaysia; Asas Mengenali Hadith,; Seni Taranum Al-Quran; BLS Siri 1A: Apa Itu CPR? (Edisi Dewasa); Perundangan Keluarga Islam di Malaysia- Penceraian Muslim Secara Lafaz Talak di Malaysia; Step By Step Memahami Tafsir Al-Quran; Kaunseling Keluarga: Teknik dan Kemahiran; Business Analytics; Certified Ethical Content Creator (CECC); dan Communication for Impact (CFI). Profesor Ts. Dr. Sharifudin berkata, melalui penawaran program micro- credential ini, adalah diharapkan dapat mendekatkan USIM di hati masyarakat sesuai dengan keperluan semasa di samping meningkatkan imej USIM sebagai sebuah institusi pendidikan Islam yang inklusif untuk semua pendidikan termasuk pendidikan berasaskan teknologi. “Semoga inisiatif ini juga dapat mendukung kelestarian agenda pembudayaan pembelajaran berasaskan kompetensi lebih-lebih lagi dalam menyebarluas kepakaran USIM dan berkongsi ilmu kepada pelbagai lapisan masyarakat”. Ujarnya lagi. Orang ramai dan golongan profesional yang berminat untuk mengikuti mana- mana program micro-credential yang ditawarkan boleh melayari laman web mooc.usim.edu.my atau hubungi wakil CETL iaitu Pn. Wan Ainor Rahmah Abd Aziz di talian 06-7985098 atau Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar di talian 06-7985097 untuk maklumat lanjut berkenaan program. U SIM membuka laluan kepada bakal pelajar di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah untuk menghasilkan tesis dalam bahasa Melayu berkuatkuasa Semester 1 Sesi Akademik 2022/2023. Sebanyak 12 program baharu yang terlibat iaitu enam program di peringkat Sarjana dan enam program di peringkat Doktor Falsafah. Sebelum ini, USIM hanya menawarkan penulisan tesis dalam bahasa Inggeris dan Arab sahaja. Program ini termasuklah Sarjana dan Doktor Falsafah Ekonomi & Pentadbiran Muamalat, Sarjana dan Doktor Falsafah Sains Alam Bina, Sarjana dan Doktor Falsafah Sains Kejuruteraan, Sarjana Sains, Sarjana Undang- Undang Perbandingan, Sarjana dan Doktor Falsafah Undang-Undang dan Doktor Falsafah Sains & Teknologi. Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim, penawaran penulisan tesis dalam bahasa Melayu ini bertujuan untuk menyemarakkan kajian yang dihasilkan oleh pelajar pascasiswazah kelak, selain akan merancakkan lagi sumbangan kepada komuniti melalui pembacaan, pengkomersilan, penerbitan, libatsama bersama masyarakat dan sebagainya. Inisiatif penulisan tesis dalam bahasa Melayu ini tertakluk kepada beberapa syarat termasuk dasar/polisi standard program, autonomi fakulti dan juga kesediaan penyelia. Pemohon yang berminat boleh memohon secara dalam talian melalui https://ipps2.usim.edu.my dan maklumat lanjut berkaitan program pengajian boleh didapati dengan melayari www.admission.usim.edu.my . USIM tawar penulisan tesis dalam Bahasa Melayu untuk program pascasiswazah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=