e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2022
OKTOBER 2022 4 | JelajahAspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) U SIM meluaskan jangkauan khidmat komunitinya melalui penglibatan 40 staf dan pelajar Fakulti Pergigian dengan menjalankan rawatan ini dari rumah ke rumah.Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti permainan sukaneka mini, pertandingan mewarna, sumbangan kit oral dan lawatan rumah ke rumah. USIM turut menyumbangkan 6 buah kerusi roda, serta mengadakan lawatan ke lapan rumah pesakit Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan menyumbang lampin pakai buang dan susu nutrien kepada mereka. John Baharyn, ketua masyarakat Kg. Orang Asli Panchor berkata, program sebegini wajar diluaskan ke kampung- kampung lain kerana banyak memberi manfaat kepada penduduk. Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana telah memilih perkampungan ini sebagai lokasi jelajah komuniti prihatin. “Sesuai dengan hasrat ‘USIM Cemerlang USIM Disayangi’, pihak USIM begitu berbesar hati dapat terlibat dalam menyumbang kepakaran dan pengetahuan kepada masyarakat setempat. Diharapkan, dengan sumbangan ini, USIM mendapat tempat di hati masyarakat dan program- program sebegini diteruskan pada masa akan datang”, ujar Naib Canselor USIM, Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani yang turut hadir dalam lawatan tersebut. Seramai 300 penduduk kampung Orang Asli Panchor, Rompin, Negeri Sembilan mendapat rawatan pemeriksaan kesihatan, dan jugarawatanpemeriksaangigibersempenaJelajahAspirasiKeluarga Malaysia (JAKM) peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober 2022 di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. USIM Jangkau Masyarakat Negeri Sembilan dalam
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=