e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2022

OKTOBER 2022 3 | Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi di saat dunia dilanda pandemik COVID-19, namun atas kerjasama erat pihak media, USIM tidak pernah lekang daripada terbit dan muncul di media-media cetak, elektronik dan portal arus perdana. Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah StraComm Pengarah StraComm Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada media-media yang membantu menyiarkan berita serta menaikkan imej USIM di mata masyarakat, dan mengharapkan hubungan baik dan kerjasama antara USIM dan pihak media ini akan terus kekal dan dapat dieratkan lagi di masa akan datang melalui pelbagai aktiviti bersama. Dalam majlis yang sama turut diadakan pelancaran Coffee Table Book iaitu Kompilasi Buku Keratan Akhbar tahunan terbitan StraComm yang dirasmikan oleh Naib Canselor Prof. Ts Dr. Sharifudin Md Sharaani.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=