e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2021

OKTOBER 2021 8 | dan DUNIAAKADEMIK G ejala plagiarisme adalah satu perbuatan yang tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama merompak di siang hari. Begitu juga dengan apa yang berlaku dalam dunia penulisan akademik, plagiarisme atau menciplak adalah unsur pemusnah kemurnian dan martabat ilmu pengetahuan. Plagiarisme berlaku apabila seseorang menghasilkan semula atau menciplak hasil ilmiah milik orang lain sama ada dalam bentuk perkataan-perkataan, idea-idea atau penemuan-penemuan tertentu. Kemudiannya, hasil yang diciplak itu dipersembahkan sebagai hasil ilmiah dirinya tanpa memberi pengiktirafan atau rujukan yang sepatutnya kepada pemilik asal hasil ilmiah tersebut.   Terdapat tiga bentuk plagiarisme yang biasa diamalkan. Pertama, peniruan secara langsung perkataan- perkataan, perenggan-perenggan, atau sebarang bahan yang diambil daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam mengiktiraf sumber asal bahan ilmiah tersebut. Kedua, pengubahsuaian perkataan-perkataan orang lain tanpa memberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Ketiga, menggunakan idea-idea yang secara langsung diambil daripada orang lain tanpa memberikan pengiktirafan kepadanya. Lebih spesifik, berdasarkan Polisi Plagiarisme USIM bertarikh 27 Ogos 2020, jenayah akademik plagiarisme dihuraikan dalam 13 bentuk termasuklah menyalin kata demi kata ( verbatim ), parafrasa, menyalin sumber digital, mengupah orang lain sehinggalah kepada jenis penulis hantu ( ghost writer ).    Diakui bahawa dengan teknologi ‘dunia di hujung jari’ melalui internet pada masa kini, seseorang pelajar mampu menyiapkan kertas kerja atau tesisnya dengan jalan pintas yang cepat. Dengan sumber ilmu yang cukup luas dan pelbagai di atas talian, tugasan akademik yang kelihatan mencabar menjadi cukup mudah, semudah ‘tiru dan tampal’ ( copy and paste ). Namun, mengambil bulat- bulat atau sebahagian daripada karya milik orang lain dan memperakukan bahawa ianya adalah hasil karya sendiri adalah satu perbuatan yang membuktikan kemalasan seseorang yang melampau dan ia sungguh keji. Di mana letaknya kualiti penulisan akademik dan etika seseorang pelajar itu andai dia meniru dan menciplak karya hak milik orang lain sewenang- wenangnya? Di mana juga nilai intelek dan kesarjanaan seseorang pelajar yang seharusnya cuba sebaik mungkin mengeluarkan potensi dan bakat dalam bidang akademik masing-masing?  Untuk itu, pensyarah dan universiti diminta untuk tidak berkompromi dengan pelajar yang melakukan kesalahan sebegini. Walaupun statistik berlakunya kes-kes plagiat ini masih lagi bersifat terpinggir, namun jika ianya dibiarkan terus berleluasa, dirasakan bahawa ia akan memberi impak yang cukup negatif terhadap usaha pembentukan siswazah yang berkualiti dan pengayaan karya-karya akademik yang boleh dikongsi bersama oleh semua pihak. Berdasarkan artikel bertajuk  ‘Understanding and Preventing Plagiarism’ yang ditulis dalam laman sesawang Accredited Schools Online,  terdapat beberapa pihak yang bertanggungjawab mencegah usaha plagiarisme dalam penulisan akademik iaitu universiti dan fakulti, pensyarah dan para pelajar sendiri.   Pihak universiti sama ada universiti awam mahupun swasta di Malaysia termasuklah USIM sendiri telah mewujudkan dan menguatkuasakan sebaiknya undang-undang berkenaan plagiarisme dan makluman tentang kesalahan dan kesan negatifnya kepada semua pensyarah dan pelajar. Tindakan plagiarisme sebegini boleh diambil tindakan misalnya di bawah Kaedah 6, Kaedah-kaedah Universiti (Tatatertib Pelajar Tahun 1999) di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).   Pastikan bahawa dalam buku panduan akademik di setiap universiti mengandungi maklumat dan kaedah penulisan sumber rujukan atau bibliografi yang tepat sebagai cara Dr. KhairunneezamMohd Noor Penyelaras, Future Muslim Leaders

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=