e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2021

OKTOBER 2021 7 | Fakta umum tentang bahasa Arab yang menarik perhatian mungkin boleh dijadikan motivasi awal mempelajari bahasa ini. Kedudukannya sebagai salah satu bahasa daripada enam bahasa yang digunakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan jumlah penutur asli melebihi 293 juta orang pastinya bahasa Arab mempunyai nilai yang tersendiri di dunia ini terutama dalam kalangan umat Islam. Malah, dalam konteks tempatan, kita sendiri lihat sumbangan dan pengaruh bahasa Arab terhadap bahasa Melayu apabila lebih 2000-3000 perbendaharaan kata bahasa Melayu dipinjam daripada bahasa Arab. Dengan kekuatan dan status bahasa Arab itu sendiri, dan kedudukannya yang istimewa dalam kalangan umat Islam, pastinya ini sedikit sebanyak boleh menjadi motivasi kepada golongan dewasa untuk mempelajari bahasa Arab. Lalu persoalan yang bermain di benak ialah bagaimana kita boleh mempelajari bahasa Arab dengan mudah sedangkan kita maklum, mempelajari bahasa asing adalah satu “tugas” berat yang memerlukan tenaga yang tinggi dan usaha yang konsisten. Prof. Dr. Rosni Samah iaitu profesor di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM yang juga pakar bidang pengajaran bahasa Arab kepada bukan penutur asli menyatakan kaedah belajar bahasa Arab yang berkesan ialah mengutamakan pembelajaran komunikasi bahasa Arab terlebih dahulu. Apabila penutur sudah berkeupayaan berkomunikasi, barulah aspek-aspek lain dalam proses pembelajaran diutama seperti mempelajari nahu dan sebagainya. Perspektif mempelajari bahasa Arab menerusi pendekatan Ibnu Khaldun ini dilihat antara kaedah yang berkesan untuk memudahkan proses mempelajari bahasa Arab. Menurut tokoh Islam yang disegani seantero dunia ini, ilmu bahasa Arab mempunyai empat rukun iaitu ilmu nahu, ilmu bahasa (sharaf), ilmu bayan dan ilmu adab. Bagi Ibnu Khaldun, mempelajari bahasa Arab harus bermula dengan “bercakap” dan mempraktikkannya secara berulang-ulang. Di sini, kita boleh belajar menghafal ayat Quran, hadis, syair Arab untuk memantapkan sebutan dan menambahkan keyakinan berkomunikasi dengan kosa kata yang bertambah. Pendekatan ini boleh diaplikasikan dalam meningkatkan kebolehan warga universiti-universiti di Malaysia dalam penguasaan bahasa Arab terutama di universiti-universiti Islam. Kita maklum, bukan semua ahli akademik dan staf universiti Islam mempunyai latar belakang bahasa Arab, terutama yang lahir daripada sistem pendidikan konvensional. Hal ini adalah kekuatan dan cabaran dalam usaha mengintegrasikan ilmu Quran dan ilmu akal, namun dalam masa yang sama mewujudkan keperluan penguasaan bahasa Arab setidak-tidaknya di peringkat komunikasi untuk mewujudkan suasana dan ruang pembelajaran bahasa yang kondusif buat semua termasuk para pelajar yang merupakan penutur bukan asli dan pelajar yang sedang belajar bahasa Arab. Menyedari kepentingan itu, lebih banyak gerakan bahasa Arab perlu diadakan di universiti-universiti Islam tempatan dalam memotivasi, membimbing dan menggalakkan penggunaan bahasa Arab dalam kalangan warga universitinya. Usaha ini telah ada, namun mungkin lebih bersikap silo atau usaha berseorang. Setiap universiti Islam mempunyai kaedahnya yang tersendiri, namun, mungkin juga sudah tiba masanya gerakan yang lebih padu dilaksanakan di peringkat universiti masing-masing dan dengan kekuatan itu nanti, pelbagai kerjasama boleh dijalankan di peringkat kebangsaan antara universiti- universiti Islam tempatan dalam memastikan bahasa Arab menerima perhatian sewajarnya sekaligus meletakkannya di mana ia sepatutnya diletakkan. https://bit.ly/3mZYWhm BahasaArabFushavs Ammiyyah https://bit.ly/3n3xXSd Kenapakitaharus belajarbahasaArab? Prof.MadyaDr. NurkhamimiZainuddin PensyarahFakulti PengajianBahasaUtama Jom Tonton Perkongsian oleh Expert@USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=