e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2021

OKTOBER 2021 6 | Perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya BahasaArab Mempelajari bahasa asing itu menarik tetapi bukan mudah. Ia memerlukan sains tertentu yang perlu dimahirkan, diyakini dan diamalkan. Dengan itu, pastinya mereka yang berkeupayaan fasih pelbagai bahasa mengkagumkan ramai. Namun, fakta saintifik menunjukkan, lebih mudah apabila yang mempelajarinya itu anak kecil, kerana keupayaan minda yang lebih tajam dan mudah menerima pembelajaran bahasa asing secara semulajadi. I ni tidak pula bermakna, pintu mempelajari bahasa asing sudah tertutup bagi kalangan orang dewasa. Ada bahasa yang kita perlu pelajari sungguhpun bukan anak kecil lagi. Bahasa istimewa ini adalah bahasa Arab dan kepentingan mempelajarinya dalam kalangan umat Islam telah dinyatakan oleh Allah SWT: “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (Surah Yusuf, ayat 2) Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan demikianlah Kami menurunkan al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab.” (Surah al-Ra’d, ayat 37) Mempelajari bahasa Arab sebagai satu usaha pembelajaran sepanjang hayat pula selari dengan saranan Nabi SAW yang bersabda, “Jadilah engkau orang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mau mendengarkan ilmu, atau orang yang menyukai ilmu. Dan janganlah menjadi orang yang kelima maka kamu akan celaka” (HR Baihaqi). Jika dilihat pula dalam bentuk yang praktikal, keperluan mempelajari bahasa Arab umumnya boleh dibahagikan kepada tiga tujuan utama iaitu mempelajarinya sebagai keperluan akademik bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus berkenaan, manakala bagi masyarakat umum, matlamat pembelajaran adalah sebagai mempelajari bahasa al-Quran untuk tujuan mendekati agama Allah serta pembelajaran sepanjang hayat untuk tujuan komunikasi antarabudaya. Kita akan menfokuskan kepada matlamat mempelajari bahasa Arab bagi masyarakat umum dalam usaha memasyarakatkan bahasa Arab. Buat masa ini, tidak keterlaluan dikatakan jika perbualan dalam bahasa Arab masih janggal bagi kebanyakan warga Malaysia sungguhpun kita termaktub sebagai sebuah negara Islam. Yang kita tidak inginkan, ada kajian menyatakan apabila tidak celik bahasa Arab, yang dirunsingkan adalah ketidakupayaan memahami agama dan boleh kehilangan arah dalam hidup. Dalam konteks ini, jika ini dilihat sebagai satu masalah, maka kita perlu menyelesaikannya dan membuat penambahbaikan segera. In Our Words Dr Siti Suriani Othman Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Prof. Dato’ Dr. Haji Mohammad Haji Alias Felo Akademik Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=