e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2021
OKTOBER 2021 5 | SWATKetengahKonsepNaqliAqli dalamMendepani CabaranGlobal IslamicSocial Finance (ISF) 360Series, bincang isu kewangansosial Islam B ertemakan “Ilmu Naqli Dan Aqli Dalam Mendepani Cabaran Global”, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM dan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Kudus, Jawa Tengah, Indonesia bekerjsama dalam menganjurkan Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT) Kali Ke-7. Program dalam talian ini berlangsung pada 6 hingga 7 oktober 2021 dan melibatkan lebih 100 pembentang dari pelbagai negara antaranya Algeria, Indonesia, Singapura termasuk Malaysia. Ucaptama disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dalam ucapan perasmiannya berkata, tema kali ini bertepatan dengan pelbagai isu global yang dihadapi oleh umat sejagat, termasuklah cabaran era pandemik, revolusi industri 4.0 dan pendidikan abad ke-21. M engambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam isu mendepani Covid-19 pada era teknologi di peringkat global, USIM memulakan langkah merealisasikan Islamic Social Finance 360 Webinar Series Siri 1 dengan tema Syarahan Ilmuan Mendepani COVID-19 yang berlangsung melalui platform Zoom. Program ISF 360 Series ini adalah satu program yang dirangka untuk mewujudkan wacana perbincangan sekitar isu kewangan sosial yang telah dikenalpasti sebagai instrumen penting sebagai menyeimbangkan ekologi ekonomi untuk menjaga kebajikan masyarakat. Ekonomi bertunjang untung mempunyai peranan untuk menggalakkan penyertaan dan penambahkan tahap efisiensi ekonomi, yang perlu diseimbangkan dengan kegiatan ekonomi yang memfokuskan impak sosial. Aktiviti muamalat seperti zakat, wakaf, aktiviti ekonomi sosial yang lain adalah instrumen yang digunapakai dalam masyarakat yang memberi impak pengawalan harga dan kelestarian ekonomi ummah. “Kita mengharapkan program seperti ini boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih terbuka dengan hasil penyelidikan terkini, cakna dengan inspirasi teknologi kewangan Islam (Islamic Fintech) termaju dan bangkit lebih bermotivasi untuk mendepani cabaran COVID-19. Sasaran peserta tidak terhad kepada ahli akademik, penyelidik dan pelajar malah platform webinar ini juga membawa golongan usahawan B40 yang terjejas akibat pandemik covid-19 untuk lebih maju kehadapan dengan mengambil iktibar, perkongsian tips dan pengalaman sebenar kejayaan tokoh usahawan Syariah global”, ujar Prof Madya Dr Zurina Kefli, Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM. Yang Berhormat Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=