e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2021
OKTOBER 2021 4 | GSMTaja50%Yuran PengajianSarjana USIM, STIBAMakassar jalinkerjasamameteraiMoU D alam satu majlis dalam talian, Memorandum Persefahaman dimeterai antara USIM dan Sekolah Tinggi Islam dan Bahasa Arab (STIBA), Makassar Indonesia untuk membantu dan menyokong satu sama lain dalam projek-projek yang akan saling memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Antara kerjasama yang akan dijalankan antara USIM dan Makassar adalah penganjuran bersama dalam seminar/persidangan antarabangsa, kerjasama dalam penyelidikan dan penerbitan, pertukaran pelajar dan staf akademik, dan perkongsian pengetahuan berkenaan integrasi ilmu Naqli dan ilmu Aqli. G raduate School of Muamalat (GSM), USIM menawarkan tajaan sebanyak 50% kepada alumni USIM yang ingin menyambung pengajian di peringkat Sarjana bagi kemasukan bulan Oktober 2021. Penyelaras program sarjana, Prof. Madya Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustamam berkata, tajaan yuran pengajian sebanyak 50% tersebut diberikan kepada alumni USIM yang berkelayakan sebagai salah satu inisiatif untuk menarik minat dan membantu alumni USIM yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. “Tawaran penajaan yuran pengajian sebanyak 50% ini juga sebenarnya memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan kesarjanaan dan kemahiran mereka agar dapat menambah baik taraf kehidupan mereka di masa hadapan apabila menjadi seorang pekerja profesional kelak,” katanya. Beliau menambah, peluang untuk menyambung pengajian sarjana di USIM juga turut terbuka kepada orang ramai dan GSM juga telah membuat penstrukturan yuran yang baharu dan lebih berpatutan. Prof. Madya Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustamam GSM menawarkan lima program di peringkat Sarjana iaitu Sarjana Pentadbiran Muamalat, Sarjana Pentadbiran Muamalat (Produk Halal), Sarjana Perakaunan dan Audit Syariah, Sarjana Perbankan Islam dan Sarjana Kewangan Islam. Calon pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian boleh melayari http://gsmuamalat.usim.edu.my/ . Program penajaan ini akan diteruskan melalui sumbangan yang diterima menerusi program Tabung Biaya Yuran Pengajian dan boleh diakses menerusi portal Jom Infaq USIM.
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=