e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2021
USIM rangkul Johan Tilawah dan Hafazan Dua pelajar Athirah Salihah Al Azmi Campus News Penaung: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor KetuaEditor: En. Hammad Farhi Mohd Saudi Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) SidangEditor: En. Mohd Zaini Othman Pn. Nor Fadzlina Azahari Pn. Noorumaina bt Mohamed Yunus En. Mohd Badrul HishamZakaria Pn. Saraina Kassim Konsep& Rekabentuk: Pn. Wahida Hj Abas En. Mohamad Hikhmal Hazali Fotografi: En. Kamarull Syamzari Kamaruddin En. Mohd Yusrizal Mohd Yunus D ua pelajar USIM rangkul Johan Kategori Tilawah dan Johan Kategori Hafazan (1-30 juzuk) di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M yang berlangsung secara dalam talian. Mereka adalah Muhammad ‘Ammar Muhklis Abdul Mohsin, 23, dan Athirah Salihah Al Azmi, 23, masing-masing dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Johan setiap kategori membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5000, pakej menunaikan umrah, sijil dan trofi. Mereka akan bertanding ke peringkat kebangsaan pada tarikh yang akan ditentukan oleh penganjur. ‘Ammar, anak sulung dari tiga beradik ini bergiat aktif menyertai Pertandingan Tilawah sejak dari zaman sekolah rendah lagi mewakili negeri kelahirannya, Kedah. Kemudian beliau menyambung pengajian menengah di Maktab Mahmud Pokok Sena dan turut memenangi Johan Qari dari Tingkatan Satu hingga Lima semasa pengajiannya. “Saya berasa bersyukur dan menganggap ia adalah rezeki kerana tahun lepas saya mendapat Naib Johan. Pada pertandingan kali ini cabaran berbeza apabila ia diadakan secara dalam talian buat kali pertama dan alhamdulillah saya memenangi Johan”. Manakala Athirah yang berasal dari Kajang, Selangor turut melahirkan rasa syukur atas kemenangan ini. Beliau mula aktif sertai pertandingan hafazan ketika belajar di Sekolah Menengah Islam IQKL. Apabila ditanya mengenai cabaran sepanjang penyertaan ini adalah pengurusan masa dalam mengulangkaji hafazan dan aktiviti berpersatuan di fakulti. “Dua hari sebelum bertanding saya menyertai kursus di fakulti, dan keesokannya adalah hari pertandingan. Alhamdulillah, kursus pengajian saya dalam bidang Qiraat, dan ia merupakan satu kelebihan kerana saya berpeluang untuk sentiasa memperbaiki bacaan saya”, ujarnya. Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan yang diadakan julung kalinya secara dalam talian melalui aplikasi Zoom ini disertai oleh 14 peserta Qari dan Qariah, dan 26 peserta Hafazan dalam tiga kategori, iaitu kategori 1 (1-10 juzuk), kategori 2 (1-20 juzuk) dan kategori 3 (1-30 juzuk). Majlis penutup dan pengumuman para pemenang telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Muhammad ‘Ammar Muhklis Abdul Mohsin Peringkat Negeri OKTOBER 2021 2 |
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=