e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2021

OKTOBER 2021 15 | Idea dan Inspirasi rekaan pasukan USIM Inspirasi prototaip bagi kumpulan yang memenangi 2 nd runner up 1 yang bertajuk “Persona:The Origin of Growth” diinspirasikan daripada ‘tanjak’ yang merupakan salah satu busana tradisional yang dipakai oleh lelaki Melayu pada zaman dahulu. Tanjak diangkat sebagai perlambangan kepada perkembangan minda, bagaimana seseorang individu itu menjalani proses demi proses untuk berkembang dan memperlihatkan kematangan diri. Penggunaan material buluh sebagai material utama pembikinan prototaip ini juga boleh diinterpretasikan sebagai asas kehidupan manusia sesuai dengan pepatah lama “melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan apabila digabungkan dengan unsur seni bela diri (silat) yang kebiasaan busana yang dipakai turut melibatkan tanjak, maka dapat diterjemahkan kepada pertembungan tradisi yang membawa kepada perkembangan minda dan budaya. Inilah yang menjadi intipati kepada pertembungan antara dua budaya di antara Malaysia dan China. Manakala rekaan bagi kumpulan yang memenangi anugerah Honorable Mention 1 yang bertajuk “Feng Yun” yang bererti “Angin dan Awan” pula diinspirasikan daripada rentak elegan tarian tradisional China, muzik tradisional Dondang Sayang Kata-kata semangat kepada bakal pelajar yg memilih jurusan senibina di USIM? Setiap universiti mempunyai keunikannya yang tersendiri, termasuklah USIM. USIM dikenali ramai kerana konsep pengintegrasian Naqli dan Aqli yang diketengahkan dalam melahirkan graduan yang profesional, kompeten yang diasuh berdasarkan tradisi ilmuwan Muslim. Kami percaya USIM mampu pergi dengan lebih jauh dan meletakkan kedudukan setaraf dengan universiti lain. Ini bukanlah kata-kata kosong, tetapi berdasarkan komen-komen industri serta badan profesional yang rata-rata mengiktiraf program akademik, kemampuan, keunikan, kreativiti dan kebolehan pelajar USIM. Kita dikenali dengan universiti yang menerapkan kedua-dua ilmu Aqli dan Naqli, itulah keunikan kita. Apa yang lebih utama, ukhwah yang dibina dalam kalangan warga USIM, baik akademik atau bukan akademik, rakan-rakan sekuliah adalah sangat akrab, dan inilah yang menjadi pendorong utama kami untuk menjadi lebih baik. Justeru, kami amat mengalu-alukan kehadiran bakal pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di USIM untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran di USIM. You will never know untill you experienced it yourself! serta pantun. Tidak ketinggalan sebuah lagi pasukan USIM yang tersenarai sebagai finalis menghasilkan rekaan binaan bertajuk “Gong Fu” yang diinspirasikan daripada sejenis seni bela diri utama di China dan kipas tangan yang merupakan seni kraftangan tradisional popular di negara tersebut. Perasaan apabila diumumkan sebagai 2 nd runnerupdanharapanpadamasahadapan? Selepas terpilih dalam kalangan 20 orang finalis pertandingan daripada 50 penyertaan dari seluruh negara, sedikit sebanyak pasukan kami mula meletakkan jangkaan untuk mendapat kedudukan yang lebih baik kerana ini merupakan peluang yang sangat baik untuk memperkenalkan dan membawa nama USIM dengan lebih jauh. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dan berbangga dengan hasil rekabentuk yang dipersembahkan, kerana dalam kekangan masa dan keadaan pandemik yang melanda, kami tetap dapat mempamerkan prestasi yang baik dan dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Diharapkan pada masa hadapan, USIM dapat mara dengan lebih jauh, dan rekaan serta kemampuan pelajar USIM dalam arena senibina diiktiraf oleh dunia luar yang secara tidak langsung dapat membantu melonjakkan nama USIM sebagai sebuah universiti Sains Islam glokal berimpak tinggi.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=