e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2021

OKTOBER 2021 14 | 2021 Bamboo Art Space Competition UkurKreativiti Pelajar JurusanSenibinaUsim Saudari Fatin AthirahJamaludin B ertemakan “ 源于传统技艺 ” Bamboo Space Art inspirasi daripada seni dan kraf tradisional, 2021 Guangdong- Hongkong-Macau Greater Bay Area· Association of Southeast Asia Nations (ASEAN) International Colleges Design and Construction Competition merupakan sebuah pertandingan seni bina yang dianjurkan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), School of Architecture of the South China University of Technology, Nansha Bird Park, Guangzhou dengan kerjasama Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), Pertubuhan Buluh Malaysia dan Malaysia Architecture Students Alliance (MASA) bagi mencungkil bakat muda dalam bidang Seni Bina. Pertandingan bertaraf antarabangsa ini menjadi landasan untuk pelajar jurusan Seni Bina USIM untuk merasai pengalaman merekabentuk binaan dan mengetengahkan kreativiti dan inovasi mereka dengan lebih jauh ke peringkat antarabangsa di samping menjadi objektif penganjur untuk meneroka mod baharu kerjasama inovatif sambil menarik semua universiti untuk mempamerkan kerjasama mendalam antara China dan ASEAN di bawah inisiatif “ One Belt and One Road ”. Sebagai hasil, beberapa rekaan prototaip oleh pelajar USIM ini telah berjaya memenangi 2 nd runner up 1, Honourable Mention 1 dan juga tersenarai sebagai finalis dari lebih 50 kumpulan yang bertanding setelah diumumkan dalam satu majlis yang dianjurkan secara dalam talian melalui Aplikasi Zoom pada 10 Oktober 2021. Ikuti temu bual bersama salah seorang peserta Bamboo Art Space 2021, Saudari Fatin Athirah Jamaludin, pelajar tahun 3, Program Ijazah Muda Sains Senibina dengan Kepujian, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) untuk perkongsian lanjut berkaitan pertandingan tersebut. Sedikit latar belakang peserta pertandingan yang disertai dan pasukan yang terlibat? 2021 Guangdong-Hongkong-Macau Greater Bay Area· Associationof SoutheastAsiaNations (ASEAN) International Colleges Design and Construction Competition ini bermula pada bulan Julai 2021 iaitu ketika kami berada dalam cuti semester. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar universiti di seluruh Malaysia dan USIM sendiri telah menghantar enam pasukan bagi menyertai pertandingan ini di mana peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar tahun 1 dan tahun 2 Program Ijazah Muda Sains Senibina dengan Kepujian. Daripada enam penyertaan, hanya tiga kumpulan berjaya menempatkan kedudukan dalam kalangan 20 finalis terbaik. Pertandingan ini melibatkan beberapa peringkat saringan, dan proses untuk menyiapkan prototaip binaan mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan. Semasa pertandingan akhir, pasukan diadili mengikut tiga kriteria pemarkahan. Kriteria pertama ialah reka bentuk seni bina; 50% bagi konsep inovasi dan pengintegrasian rekabentuk, kefahaman terhadap konsep dan tema, serta ketahanan struktur buluh. Manakala bagi kriteria kedua, peserta akan dinilai berdasarkan struktur rekabentuk; iaitu 30% melibatkan inovasi struktur, perincian struktur, kebolehbinaan rekabentuk dan kejelasan struktur buluh untuk pembinaan. Kriteria yang ketiga melibatkan persembahan pembentangan, promosi dan komunikasi dengan 20% markah adalah berdasarkan kejelasan persembahan visual menggunakan papan imej, demonstrasi video dan model, persembahan video multimedia kreatif termasuk muzik, animasi, naratif lisan dan kapsyen, serta persembahan keseluruhan yang dapat merangsang visual. Apakah peranan setiap ahli dan cabaran dalam merealisasikan rekaan memandangkanpertandingandilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian? Memandangkan pertandingan dilaksanakan secara sepenuhnya dalam talian berikut faktor penularan pandemik COVID-19, ianya tidak mematahkan semangat untuk pasukan kami menghantar penyertaan dalam pertandingan ini setelah mendapat galakan dari pensyarah yang juga bertindak sebagai penasihat untuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan dibahagikan dengan tugasan tertentu meliputi penyelidikan dan pengumpulan maklumat untuk tujuan rekaan, lukisan dan rekaan prototaip, binaan prototaip serta penyediaan bahan-bahan pembentangan. Faces of USIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=