e-Risalah USIM - Edisi Oktober 2021

OKTOBER 2021 12 | Penyelidik USIM Terima Lebih RM2 Juta Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Dari Kementerian Pengajian Tinggi USIM menerima peruntukan terkini penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental Fasa 1/2021 bernilai RM2,948,644.00 melibatkan 29 projek penyelidikan USIM yang mencakupi tujuh bidang iaitu Sains Sosial (RM877,130), Sains Tulen dan Gunaan (RM590,310), Sains Kesihatan dan Klinikal (RM530,290), Sastera dan Sastera Ikhtisas (RM522,127), Teknologi dan Kejuruteraan (RM160,087), Warisan Alam dan Budaya (RM125,000) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (RM65,700). M endahului senarai penerima dana penyelidikan tertinggi adalah Penyelidik dari Fakulti Pergigian dengan penyelidikan bertajuk Mechanism Studies and Biological Activities of Alpinia Conchigera And 1?S-1?-Acetoxychavicol Acetate Against Clinical Oral Opportunistic Pathogens yang diketuai pensyarahnya, Prof. Madya Dr. Normaliza Ab Malik dengan nilai geran sebanyak RM198,710. Diikuti Dr. Muhammad Syafiq Alauddin, juga dari Fakulti yang sama dengan tajuk penyelidikan “Elucidating the Properties of High-Performance Polymers Reinforced on Three-Dimensional Printed Removable Denture Base ” berjumlah RM198,600. Manakala penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Siti Aisyah Abd Ghafar Unraveling Mechanism of Anti-Tumor and Sub-Acute Toxicity Activity of Silver Nanoparticles Incorporate With Flavonoid- Rich-Strobilanthes Crispus Leaves Against Breast Tumor Model In Vivo menerima peruntukan penyelidikan sebanyak RM193,000. Menurut Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), dengan kelulusan peruntukan geran FRGS Fasa 1/2021 tersebut menjadikan jumlah keseluruhan penganugerahan geran USIM yang diperolehi sehingga Oktober 2021 adalah berjumlah RM4,657,516 melibatkan pelbagai kategori geran sebagaimana dalam Jadual 1 di bawah. RM72,200 RM3,076,001 RM644,500 RM864,815 RM4,657,516 0 500,000 1,000,000 1,500,000 2,000,000 2,500,000 3,000,000 3,500,000 4,000,000 4,500,000 5,000,000 ANTARABANGSA KEBANGSAAN SWASTA UNIVERSITI KESELURUHAN PERUNTUKAN (RM) KATEGORI GERAN PENGANUGERAHAN GERAN MENGIKUT KATEGORI GERAN (DATA OKTOBER 2021) 10 3 9 75 130 Manakala bagi keseluruhan pencapaian geran penyelidikan mengikut Fakulti/Pusat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) mencatatkan perolehan geran tertinggi dengan penganugerahan geran penyelidikan berjumlah RM1,178,680. Diikuti oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dengan geran berjumlah RM848,690 dan Fakulti Pergigian (FPg) dengan perolehan geran berjumlah RM713,625. RM72,200 RM3,076,001 RM644,500 RM864,815 RM4,657,516 0 500,000 1,000,000 1,500,000 2,000,000 2,500,000 3,000,000 3,500,000 4,000,000 4,500,000 5,000,000 ANTARABANGSA KEBANGSAAN SWASTA UNIVERSITI KESELURUHAN PERUNTUKAN (RM) KATEGORI GERAN PENGANUGERAHAN GERAN MENGIKUT KATEGORI GERAN (DATA OKTOBER 2021) 10 3 9 75 130 Diharapkan dengan perolehan geran-geran penyelidikan tersebut USIM dapat menghasilkan kajian-kajian dan penyelidikan yang berimpak tinggi bagi mencapai misi melahirkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai–nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat. Jadual 1: Penganugerahan Geran Mengikut Kategori Geran Research & Innovation

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=