e-Risalah Oktober - Disember 2023

Anakyatimpiatupilihsambung pengajiandiUSIM Antara nasihat dan pegangan yang sentiasa diingati dan menguatkan iltizam Muhammad Arif Akhmal Abdul Aziz untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Muhammad Arif merupakan anak tunggal yang kini menetap di Temerloh Pahang kehilangan ibu dan bapanya akibat COVID-19 kira-kira dua tahun lalu telah ditawarkan dan mendaftar bagi program Pentabiran Muamalat di Fakulti Ekonomi dan Muamalat bagi Sesi Akademik 2023/2024. Meskipun berasa sedih kerana kedua-dua ibu dan bapa tidak dapat bersama di hari pertama bergelar mahasiswa universiti, beliau tetap teruja dan komited untuk memenuhi cita-citanya sebagai seorang juruaudit yang berjaya suatu hari dan akan belajar bersungguh-sungguh agar dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang bagi mencapai Impian tersebut. “ “Jadilah anak yang soleh, teruskan perjuangan demi menempuh kehidupan untuk terus berjaya” T idak mahu membebankan ibu dan ayah, Mustaqim Juri,22, buat pertama kalinya ‘terbang’ sendirian dari Kota Samarahan Sarawak untuk menghadirkan diri mendaftar sebagai pelajar baharu program Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Komunikasi (Kepujian). “Saya sampai di lapangan terbang KLIA2 pada jam 9.30 malam dan bermalam di sana. Selepas subuh saya persiapkan diri dan mengambil ‘grab’ untuk terus ke USIM. Inilah kali pertama saya berjauhan dengan keluarga demi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi”. “Jaga diri sebaiknya, dan buat yang terbaik di USIM”, itulah nasihat dan pesanan yang dititipkan oleh ayahnya Juri Andey dan ibunya Bana Sen kepada beliau ketika menghantarnya ke lapangan terbang. Anak ketiga dari lima beradik ini bercita-cita untuk menjadi seorang guru agama dan berharap dengan pendidikan ini kehidupan beliau akan lebih maju dan cemerlang dari sebelum ini. Tidakmahubebankan keluarga,Mustaqim ‘terbang’ sendiri mendaftardiUSIM BeritaKampus 5

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=