e-Risalah Oktober - Disember 2023
“Sayamengucapkan selamat datang kepada anak-anak baharu ke USIM, semoga pengalaman yang akan diperolehi dan ditempuhi selama empat tahun sekurangnya di USIM ini akanmembantu anak-anak ini bukan sahajamenambah ilmu pengetahuan tetapi membina sahsiah, jati diri dan intelektual yang akanmenjadi harapan bangsa dan negara” Ellyharapantunggal bantutingkat taraf kehidupankeluarga K ira-kira 2,400 orang pelajar baharu bagi pengambilan Sarjana Muda Sesi Akademik 2023/2024 USIM mendaftar bermula 3 Oktober 2023 sehingga 7 Oktober 2023. Pada pendaftaran kali ini, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) menerima pelajar paling ramai iaitu melibatkan 408 orang pelajar di FPQS diikuti Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) melibatkan seramai 400 pelajar baharu. C ita-cita Elly Sentia Hamdin, 20 dari Matu, Sarawak adalah ingin kembali menabur bakti kepada masyarakat dengan menjadi seorang guru agama di negeri kelahiran beliau setelah menamatkan pengajian beliau kelak. Anak ketiga daripada empat beradik yang dittawarkan mengikuti program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian ini berkata, kekurangan guru Pendidikan Islam di daerah kelahiran beliau membuatkan beliau menanam cita-cita untuk menjadi seorang guru Pendidikan Islam agar dapat kembali berbakti kepada masyarakat. Berasal dari keluarga nelayan, beliau yang merupakan satu-satunya harapan keluarga yang menyambung pengajian di peringkat yang tinggi berikutan kekangan kehidupan melahirkan rasa syukur dengan penempatan pengajian ini yang juga merupakan pilihan pertama beliau dan berharap dapat meningkatkan kehidupan keluarganya pada masa akan datang sejurus menamatkan pengajian. 2400Pelajar PROF. TS. DATO’ DR. SHARIFUDINMD. SHAARANI Naib Canselor USIM MendaftarSebagaiMahasiswaUSIM BeritaKampus 4
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=