e-Risalah Oktober - Disember 2023

WajahUSIM 035 sebagai model hibrid iaitu, Pusat Perkhidmatan OKU dan Pusat Penyelidikan Inklusif berdasarkan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif OKU di IPT (2019). Dalam masa yang sama, saya juga terlibat dalam mengasaskan penubuhan NGO Islam, Yayasan Pendidikan al- Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) seawal tahun 2013 bertujuan mengisi kelompangan usaha Dakwah OKU. Aplikasi Quran Isyarat telah mencipta sejarah dengan tersenarai dalamMalaysia Book of Records. Apakah faktor kunci kejayaan dalampembangunan aplikasi ini, dan bagaimana ia dapat memberi impak positif kepada komuniti OKUdi Malaysia? S ebagai penyelidik, antara ramuan terpenting adalah usaha membina rapport dan ‘turun padang’ bersama aktivis NGO OKU bagi memahami dan menghayati perjuangan dan kekangan kumpulan advokasi ini. Ini kerana, menjalankan penyelidikan bukan sekadar hanya mencari geran dan menyerahkan urusan ‘turun padang’ kepada pembantu penyelidik, tetapi kumpulan penyelidik perlu terlebih dahulu bersama kumpulan sasar untuk menjiwai sesuatu isu agar dapatan kajiannya secara tidak langsung membina kepakarannya di samping mencapai objektif dan manfaat kepada komuniti OKU. Dalam hal ini, kami didatangi Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) dan Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) bagi membantu mereka mempelajari Quran sesuai dengan potensi dan kekuatan visual mereka. Bermula dengan Projek Ilmiah (FYP) pelajar FPQS iaitu, iSign QurANIS - Inovasi Perisian Pembelajaran Quran dan Ibadah Solat bagi OKU Pendengaran, maka kita naiktaraf perisian ini kepada aplikasi Android dan iOS melalui Projek Aplikasi Quran Isyarat selepas mendapat maklum balas dan saranan keberkesanan pembelajaran Quran komuniti istimewa ini yang turut mesra teknologi digital. iSign QurANIS turut mendapat pengiktirafan pingat emas di 28th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2017. Keunikan aplikasi ini memaparkan kaedah OKU Pendengaran Tilawah Quran berbantukan isyarat Kod Tangan Quran dan Transliterasi Makhraj dan penghayatan terhadap Terjemahan Quran berbantukan terjemahan mesra OKU Pendengaran dan video Jurubahasa Isyarat Malaysia (JBIM). Aplikasi Quran Isyarat turut menjadi bahan bantu mengajar (BBM) dalam penganjuran program-program kesedaran dan latihan seperti Online Tadarus Tanpa Suara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan, Kem Huffaz Remaja Pekak, Mukayyam Quran Komuniti Pekak, Kursus Dakwah Tanpa Suara dan Kursus Pengajaran Quran Isyarat. Selama ini, Dr dan ahli penyelidik yang lain telah terlibat dalam lebih daripada 30penyelidikan dan inovasi berkaitanOKU. Bagaimana usaha-usaha ini dapat memartabatkan komuniti OKU, khususnya dalamkonteks pendidikan dan pemahaman terhadap agama Islam? K ita mengambil pendekatan melalui mesej utama Surah ‘Abasa iaitu Muliakan OKU dengan Agama. Dalam hal ini, Islam turut memberi solusi bagaimana cara kita mendepani isu dan cabaran OKU dengan dua pendekatan iaitu, usaha pengupayaan masyarakat cakna OKU dan usaha pemerkasaan komuniti OKU. Kedua-dua pendekatan yang juga dikenali sebagai ‘Twin-Track Approach’ ini perlu bergerak seiring dalam meningkatkan advokasi dan sistem sokongan masyarakat di samping meningkatkan jati diri dan motivasi komuniti OKU khususnya dalam akses pendidikan yang inklusif dan berkualiti. Sebagai contoh, institusi masjid perlu mengambil peranan dalam meningkatkan sistem sokongan bermula dengan kefahaman Jabatan Agama Islam Negeri, Jawatankuasa Masjid dan ahli kariah dalam menawarkan program- program masjid mesra OKU seperti mewujudkan JBIM dalam kuliah- kuliah agama dan Khutbah Jumaat di samping meningkatkan prasarana inklusif secara berterusan. Dalamusahamemastikan komuniti OKU tidak tersisih dari masyarakat dan agama, apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh Pusat Penyelidikan IbnuUmmi Maktumuntukmeningkatkan kesedaranmasyarakat terhadap isu-isuOKUdan bagaimana kita boleh bersama-samamencipta masyarakat yang lebih inklusif dan sensitif terhadap keperluan mereka? U MMI berperanan sebagai platform dalam membina ekosistem spiritual yang inklusif. Selain daripada kepakaran dalaman, UMMI komited berkoloborasi dengan pelbagai pihak khususnya NGO-NGO OKU dalam penganjuran kempen kesedaran, latihan kemahiran, latihan kesukarelawan mahasiswa cakna OKU dan kursus-kursus persijilan. Justeru, UMMI berhasrat mewujudkan Majlis Persefahaman NGO OKU Muslim diperingkat Kebangsaan di mana UMMI berperanan selaku sekretariat majlis yang menjadi lidah atau mediator bagi mengangkat isu dan cabaran OKU ke peringkat tertinggi. Ini bertujuan mendapatkan solusi terbaik dalam meningkatkan penghayatan dan penglibatan masyarakat bagi memaknai hakikat ketidakupayaan yang bukan disebabkan kecacatan individu OKU, tetapi ia berpunca daripada sikap masyarakat dan persekitaran yang menyekat ruang dan peluang OKU menyertai aktiviti-aktiviti sosial. Apakah harapan dan pesananDr. kepadawargaUSIMkhususnya danmasyarakat amnya dalam memastikan komuniti OKU ini terus terpelihara terutamanya perihal Pendidikan agama. O KU ini bukan produk rosak ciptaan Allah, bahkan kewujudan komuniti istimewa ini sebenarnya adalah tanda kesempurnaan ciptaan Allah, al-Khaliq, al-Musawwir. Penglibatan masyarakat bersama OKU ini secara tidak langsung membawa kita kepada realiti ilmu dan amal terhadap santunan Nabawi kepada komuniti istimewa ini. Ini kerana kita telah terlepas pandang terhadap isu dan cabaran OKU beragama yang perlu diperjuangkan agar kemuliaan manusia (Karamah Insaniah) itu dapat difahami secara inklusif dan bukan hanya eksklusif kepada komuniti tipikal. Justeru, usaha ini adalah usaha bersama, jemaah. Setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing sebagai advokasi dalam membina ekosistem inklusif dan sistem sokongan yang mampu meningkatkan tahap keupayaan dan kemampuan OKU untuk hidup sejahtera dan terjamin.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=