e-Risalah Oktober - Disember 2023

WajahUSIM 034 Bagaimana inspirasi awal Dr. untukmenerajui Pusat Penyelidikan IbnuUmmi Maktum (UMMI) dan memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitanOKU, khususnya dalambidang Quran dan Sunnah? H ikmah saya dikurniakan anak autisme, kategori pertuturan terhad (limited speech) merupakan ‘turning point’ dalam hidup saya sebagai suami, ayah, dan pendidik bagi mendekatkan anak istimewa dengan rutin hidup bersyariat. Nampak macam saya mengajarnya, tetapi sebenarnya saya yang banyak belajar daripadanya. Anak saya, Muhammad Faris Akhyar adalah guru pertama saya dalam memaknai integrasi khidmat Quran dan Sunnah bagi OKU. Dalam masa yang sama, di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, saya turut diamanahkan mengajar kursus Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran dan Sunnah di mana ia menjadi tujahan kajian saya diperingkat Doktor Falsafah Pendidikan Islam di UKM. Saya juga dikurniakan dua orang anak angkat perempuan OKU Pendengaran Mualaf, seorang berbangsa India dan seorang lagi berbangsa Cina. Kedua- duanya banyak mengajar saya tentang dunia OKU Pendengaran dan keperluan mereka beragama sesuai dengan ketidakupayaan mereka mendengar dan bertutur. Kini, saya di FPQS, diamanahkan untuk mengajar Kursus Elektif, Aplikasi Bahasa Isyarat dalam Pengajaran Quran. Melihat kepada isu dan cabaran OKU beragama serta keperluan santunan komuniti OKU di USIM, maka FPQS mengambil inisiatif menubuhkan ‘Special Interest Group (SIG)’ dalam kalangan pensyarah FPQS bagi mendepani permasalahan ini. Bermula dengan SIG hingga tertubuhnya Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) seawal tahun 2017 dan diangkat sebagai Pusat Tanggungjawab (PTj) pada 1 November 2023 Menangani Cabaran OrangKurang Upaya (Oku) Prof. MadyaDr. Haji Norakyairee bin Mohd. Raus PerananUMMI DalamMembina Masyarakat Yang Inklusif

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=