e-Risalah Oktober - Disember 2023

S epasang kembar Aida Farisah Ahyat (kakak) dan Aida Fasihah Ahyat (Adik), 24, dari program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) DPPPI, Fakulti Pengajian Bahasa Utama gembira dapat raikan konvo bersama. Pasangan kembar seiras yang berasal dari Pekan, Pahang tersebut sebelum ini memegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Komunikasi (Kepujian) juga dari USIM. Hasrat untuk mengambil Diploma Pascasiswazah Pendidikan ini adalah inspirasi dari ibu mereka yang juga merupakan seorang guru. “Kami berharap untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi dan boleh membimbing generasi kini menjadi insan yang berguna” Ujarnya lagi. USIMmenjadi pilihan penuntut bukan Islam G raduan Low Chee Jin 38, dan L. Geetha 31 berjaya menghabiskan pengajian dua tahun di peringkat Ijazah Sarjana Kaunseling Penyalahgunaan Dadah dan Ijazah Sarjana Sains Perubatan. Chee Jin memilih USIM bagi meneruskan tawaran lanjutan pengajian atas biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Beliau yang berasal dari Sungai Petani Kedah berkata, kerjaya beliau sebagai ahli farmasi yang berkecimpung dalam bidang penagihan dadah mendorongnya untuk memantapkan kerjayanya dalam bidang kaunseling dalam bidang tersebut. “Sebab saya pilih USIM kerana program yang saya minati ada ditawarkan di sini dan ia merupakan satu pengalaman yang baik meskipun pada peringkat awal saya kekok juga tetapi semua pensyarah dan rakan sekuliah peramah dan saling membantu antara satu sama lain”ujarnya. Sementara itu, Geetha yang berasal dari Batu Pahat, Johor pula memberitahu, dia merupakan satu-satunya pelajar bukan beragama Islam dalam jurusan yang dipilih sewaktu menuntut. Graduan Ijazah Sarjana Sains Perubatan itu berkata, dia memilih melanjutkan pengajian di USIM kerana bidang yang ditawarkan menerusi projek penyakit kurang berjangkit berkaitan bakteria dalam usus. Pasangankembarseiras kongsipentaskonvokesyen BeritaKampus 33

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=