e-Risalah Oktober - Disember 2023

J angan kedekut ilmu, selalulah berkongsi dengan rakan-rakan” itulah antara nasihat ringkas Nor Afzan Azizan, 25, salah seorang daripada 61 orang graduan sulung Ijazah Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang yang bergraduasi pada Majlis Konveksyen USIM kali ke-21. Seawal semester pertama berada di kampus, Nor Afzan juga telah melakukan kerja separuh masa sebagai fasilitator Al-Quran di Kolej Permata Insan dan dalam masa yang sama menjadi tutor di sekitar kejiranan di Nilai. Beliau mengakui bukan mudah untuk melakukan semua itu dalam masa pengajiannya. “Hendak bahagikan masa antara belajar, berpersatuan dalam organisasi dan bekerja separuh masa merupakan satu cabaran yang amat hebat sehingga menyebabkan air mata saya mengalir, tapi ianya dianggap sebagai satu dorongan pada saya untuk terus kuat”. Ujarnya. Ketika ditanya kepada Nor Afzan sebab mengapa beliau berusaha bekerja separuh masa semenjak di semester awal lagi, beliau berkata bahawa beliau tidak mahu membebankan kedua ibu bapanya kerana sepanjang pengajian di USIM, beliau tidak mengambil sebarang bentuk pinjaman mahupun biasiswa pendidikan, dan semuanya ditanggung sepenuhnya oleh kedua ibu bapa. Nor Afzan yang kini sedang bekerja di Serunai Coe Sdn Bhd sebagai eksekutif halal turut berkongsi pandangan beliau mengenai industri halal di Malaysia yang disifatkan sebagai bidang yang amat luas dan tidak hanya tertumpu kepada sektor makanan sahaja, bahkan lebih daripada itu. Beliau turut berpesan agar graduan dalam bidang ini bijak mengambil peluang yang ada bagi meneroka cabang ilmu industri halal. P erjalanan akademik Muhammad Harith Noor Azam, graduan Doktor Falsafah dalam bidang Sains dan Teknologi ini panjang. Lebih menarik, beliau berjaya melengkapkan semua peringkat pengajian akademik di peringkat tertiary beliau kesemuanya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Muhammad Harith, 28, yang berasal dari Pulau Pinang memulakan pengajian awalnya dengan mengikuti Program Tamhidi di USIM sebelum menyambung pengajian pada peringkat ijazah dalam program Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat). Beliau seterusnya menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam program Sarjana Sains dan menyelesaikan Ijazah Kedoktoran beliau dalam bidang Sains dan Teknologi. Bercerita mengenai pengalaman kerjayanya, Harith pernah bekerja dalam bidang Sains Komputer selama tujuh tahun selepas menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana muda selain turut menyatakan hasrat untuk bertukar bidang dengan memohon untuk menjadi tenaga akademik di universiti tempatan. Berkongsi perasaan gembira dan pengalaman sepanjang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah ini, banyak cabaran yang perlu dihadapi dan salah satunya ialah menyiapkan tesis dan penyelidikan beliau dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19. Kata beliau, waktu itu adalah waktu yang mencabar kerana beliau mengalami kesukaran untuk bertemu dengan penyelia bagi menyiapkan tesis. Walaupun keadaan pada waktu sangat sulit, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk menyiapkan tesis sehingga berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains dan Teknologi pada sidang pertama hari ini. SetiabersamaUSIM,lengkapkansemua PeringkatTinggiPengajiandiUSIM GraduanSulungIndustriHalalUSIM TekadTerokaBidangHalal BeritaKampus 32

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=