e-Risalah Oktober - Disember 2023
Bukan daripada keluarga senang, Syukri tekad ubah nasib keluarga S aya bukanlah datang daripada keluarga yang senang” ungkap Muhammad Syukri Rostam ketika memberi ucapan wakil pelajar Fakulti Bahasa dan Utama (FPBU) di Majlis Konvokesyen ke-21 USIM sidang ketiga pada 13 Disember 2023. Ayahnya merupakan seorang buruh kasar dan ibunya pula merupakan seorang suri rumah, berusaha keras membesarkan anak anak demi melihat mereka berjaya. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Komunikasi dengan kepujian ini tidak lekang menzahirkan perasaan gembira dan sebak apabila ditanya mengenai matlamat terbesar dalam hidupnya iaitu ingin membawa redha dan doa ibu dan ayahnya ke mana sahaja beliau berada. “Tanpa mereka tiadalah saya berdiri di atas pentas yang gah ini. Senyuman mereka mungkin belum mampu untuk saya balas hari demi hari; untuk mak dan abah, hadiah ini buatmu”, ujarnya. Anak kedua dari tiga beradik ini berjaya memperoleh Anugerah Dekan lapan semester berturut-turut dengan sentiasa berpegang dengan kata-kata “kasihilah guru-guru kalian dan kasihilah ilmu itu sendiri, junjunglah ilmu itu kerana dengan berilmu akan memberi pedoman buat kita di masa akan datang dengan izin Allah”. Beliau berhasrat untuk menjadi seorang guru dan merancang untuk menyambung pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan selepas ini. “Harapan saya kepada semua graduan USIM, jadilah sebutir permata yang mampu menggilap diri sendiri di persada dunia. Sentiasalah berusaha untuk menuntut ilmu kerana dengannya kita akan belajar erti kehidupan sebenar”, ujar Syukri. “ S elepas 11 tahun, Rahmatul Fikri Haidin , 30, akhirnya bergraduasi dalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian pada sidang kelima Majlis Konvokesyen USIM ke-21. “Saya mulakan pengajian di USIM pada tahun 2012, dan sepatutnya saya bergraduasi selepas empat tahun, namun kerana pelbagai kekangan, ia terpaksa ditangguhkan”. Rahmatul telah mengikuti semua subjek bagi program pentadbiran muamalat namun tidak melengkapkan syarat MUET bagi membolehkannya bergraduasi. Hatinya bagaimanapun terbuka apabila menerima panggilan daripada pihak universiti untuk membantunya bergraduasi. “Pada September tahun lepas, Ketua Program Pentadbiran Muamalat, Dr. Nur Qamarina sharom menghubungi saya untuk mengambil program Reach Out English for Employment Course yang akan melayakkan saya untuk bergraduasi. Pada mulanya saya tidak mahu meneruskan pengajian yang dah tertangguh ini kerana saya dah selesa dan berniat untuk menjalankan bisnes sendiri, saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada isteri saya yang juga alumni USIM tahun 2016 yang meminta untuk saya mengambil kos jangka pendek ini, dan hanya diadakan pada setiap hujung minggu secara dalam talian, selama 12 hari, jadi saya sahut semangat beliau”. “Jiwa saya telah sebati dengan berniaga, dan pernah membuka kiosk Chef Takoyaki di Nilai selama empat tahun, sebelum berhijrah ke Johor Bahru”. Rahmatul bapa kepada tiga orang cahaya mata, kini bekerja sebagai assistant chef di sebuah restoran terkenal di Singapura, dan bercita- cita untuk membuka restoran beliau sendiri suatu hari nanti. Tidakberputus asa, Rahmatul terima ijazahUSIMsetelah 11 tahun BeritaKampus 31
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=