e-Risalah Oktober - Disember 2023
“Teruskanlahmengejar impian dan janganlah pernahmengalah kerana yang menunggu di hadapan pastinya adalah kejayaan dan harapan. Dugaan yang datang bukan untukmelemahkanmalah membuatkan kita kenal apa erti tidak putus asa. Bukan disebabkan saya yang kuat tetapi doa ibu saya yang hebat” M uhammad Safwan Bin Zaidi , 23, merupakan salah seorang daripada 384 orang graduan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan yang bergraduasi di Majlis Konvokesyen USIM ke-21. Safwan memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan kepujian di USIM pada tahun 2019. Sepanjang pengajiannya pelbagai kerja-kerja sambilan yang beliau ceburi antaranya sebagai pekerja di ladang sawit serta menjaga dan melapah lembu. “Ayah tidak berapa sihat, beliau menghidap penyakit kencing manis dan tidak mampu melakukan kerja yang berat, jadi saya bantu ayah untuk menguruskan lembu peliharaannya”, kata Safwan yang berasal dari Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Manakala ibunya yang berusia 48 tahun bekerja sebagai guru kafa di kampungnya. Pada pandemik covid-19 melanda, menurut Safwan pembelajaran secara dalam talian adalah sangat mencabar kerana kawasan kampungnya tidak memiliki liputan internet yang kuat sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengikuti kelas tersebut. Justeru, masa terluang digunakan untuk menambah pendapatan untuk menampung kos pengajiannya dan mengurangkan beban ibu bapanya. “Kehidupan di kampus dapat dirasai terlalu singkat kerana saya belajar secara bersemuka pada semester keenam dan semester kelapan saya sudah menjalani latihan industri di Akademi Neuro Linguistic Programming (NLP) Malaysia, di Shah Alam selama 5 bulan”, tambah Safwan. Graduan yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik ini juga turut bekerja sebagai pembuat kabinet dapur sambilan di Bukit Mahkota, Bangi pada waktu ketiadaan kelas dan cuti semester. Beliau akan pergi ke kelas seperti biasa dan menggunakan waktu malamnya untuk membuat tugasan dan sebagainya. Beliau hendak merasai kesusahan sepertimana yang orang lain rasa dan bersyukur kerana mampu menghadapi kesusahan itu. T erpanggil untuk menyahut cabaran pensyarahnya untuk keluar daripada zon selesa, Muhammad A’zim Bin Mohd Hafiz , 23, adalah salah seorang daripada lapan mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan pengurusan (FKP) USIM yang terlibat menjalani Program Latihan Industri tahun akhir di Kepulauan Semporna, Sabah selama empat bulan bermula Mac 2023. A’zim yang merupakan graduan Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam berkata, beliau mulai meminati aktiviti kesukarelawanan sejak memulakan pengajian di USIM lagi. “Antara pengalaman yang sukar untuk saya lupakan adalah ketika bertugas mengajar anak-anak pulau ini tentang ilmu asas fardhu ain di Pulau Karindingan selama sembilan hari, di mana fasiliti utama seperti bekalan elektrik dan capaian internet sukar didapati. Dengan keterbatasan yang ada, ia menjadi satu cabaran buat saya untuk bertahan dari pagi sehingga ke petang sementara untuk menunggu waktu berbuka puasa”, ujarnya. Beliau bersama rakan seperjuangan turut menjadi bilal dan imam surau untuk mengetuai solat tarawih ketika di sana, selain menjadi khatib sewaktu solat Jumaat. A’zim berkongsi satu kata-kata hikmah yang menjadi penguat semangatnya untuk terus menceburi bidang dakwah di masa mendatang. “Teruskan berbuat baik walaupun diri sendiri bukan yang terbaik kerana setiap kebaikan itu dikira walaupun sekecil-kecil zarah atau biji sawi”. Safwanbekerja sambilanuntuk menampungkos sarahidup 8graduanpraktikal terimaAnugerah KesukarelawananBorneo BeritaKampus 30
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=