e-Risalah Oktober - Disember 2023

Ketika ditanya bagaimana beliau mengekalkan hafazan Al-Qurannya dalam kesibukan belajar dan bekerja beliau berkata, “antara sebab utama saya memilih bidang pengajian Al-Quran dan Qiraat ini adalah kerana untuk mengulang hafazan saya seperti zaman belajar diploma dahulu”. “Alhamdulillah saya bersyukur kerana masih dapat mengekalkan hafazan ini dan berharap dapat kekal istiqomah dengannya sehingga di alam pekerjaan kelak Insha-Allah”. Ujarnya lagi. M uhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin, 25, hos rancangan televisyen dan juga pempengaruh yang semakin meningkat naik dan mula dikenali ramai melalui platform media sosial ini merupakan salah seorang daripada 45 orang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah yang bergraduasi di Majlis Konveksyen USIM ke-21. Meskipun jadual hariannya kadang-kala dipenuhi dengan jemputan program-program daripada stesen televisyen, beliau tetap tidak mengabaikan tugas hakikinya sebagai seorang pelajar. Mengenang kembali kenangan pahit manis menyiapkan penulisan tesisnya ketika di tahun akhir, ‘Ammar menzahirkan rasa syukur dan terharunya kerana usaha yang dilakukannya bersengkang mata siang malam dalam keterbatasan waktu dan kesibukannya, akhirnya membuahkan hasil dengan kejayaan menggenggam segulung ijazah. “Ada satu masa tu, pada sebelah pagi saya pergi ke kelas, kemudiannya tengah hari pergi ke pemggambaran program, sebelum sambung ke kelas semula pada petangnya”. Ujarnya. ‘Ammar turut berkongsi kisah manisnya dalam mengharumkan nama USIM atas pencapaiannya sebagai Johan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2023 anjuran Jabatan Agama Hal Ehwal Islam (JAKIM) di Terengganu pada september yang lalu. Selain Majlis Tilawah Al-Quran IPT, beliau turut mengharumkan nama USIM apabila dinobatkan Johan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M selain tempat ketiga dalam program realiti Muazin (kategori Bilal) 2023 terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. “Beliau tidak lelah dalam menyertai pelbagai pertandingan dan program- program berasaskan Tilawah Al-Quran dan Hafazan dan berpandangan bahawa untuk kekal relevan dalam sesuatu bidang yang kita ceburi, kita perlu sentiasa menambah baik kemahiran yang kita ada. “Kita sertai sesuatu pertandingan itu bukan sebab nak jadi popular atau menang semata, tetapi tujuannya adalah untuk kita belajar sesuatu yang baharu serta mengasah kebolehan dan bakat yang sedia ada”. Jelas beliau. Johan Tilawah al-Quran Graduan Sulung Program Pengajian Qiraat USIM D uta Besar Palestin, Tuan Yang Terutama Walid A. M. Abu Ali hadir ke Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-21 USIM bagi menerima Ijazah Anumerta mewakili dua graduan USIM yang terkorban dalam serangan Zionis di Gaza, Palestin, iaitu Mohammed J. H. Alzaanin, Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia) serta isteri, Kholoud M. H. Elzaneen, Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi. Walid yang ditemui berkata, beliau berbesar hati dan turut menzahirkan rasa terima kasih kepada USIM kerana telah menganugerahkan ijazah Doktor falsafah dan Sarjana ini kepada Mohammed dan Kholoud yang sepatutnya hadir meraikan hari kejayaan mereka menamatkan pengajian ini serta mengharapkan agar rakyat dan Kerajaan Malaysia meneruskan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin yang terkesan dalam peperangan yang melibatkan rejim Zionis ini. Dalam serangan pada 8 Oktober 2023 itu, Mohammed disahkan terbunuh bersama isteri di perkampungan mereka di Bait Hanon.Turut terkorban adalah tiga orang anak mereka manakala seorang lagi anak lelaki Mohammed, Jamil Mohammed, disahkan selamat. DutaBesar Palestin hadir terima IjazahAnumerta wakili duagraduanUSIMyangsyahiddalamseranganZionis BeritaKampus 29

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=