e-Risalah Oktober - Disember 2023

M elihatkan kepada keadaan keluarga yang kurang berkemampuan dan ibu bapa yang sudah berusia, saya berazam untuk membanggakan mereka dalam apa jua cara supaya penantian mereka selama 16 tahun untuk mendapatkan saya adalah penantian yang sangat bermakna buat mereka”. Ujarnya Aufa Abdullah lagi, dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2020, beliau sempat bersama keluarga untuk tempoh yang lama dan membantu ibu bapa menjual kuih pada waktu petang. Namun, ia bukanlah penghalang untuknya menghadiri kelas dalam talian dan bergiat aktif dalam berpesatuan. Aufa merupakan penerima Anugerah IEEE Computer Society Malaysia 2023 (Gold Medal Award) yang terpilih antara 3 orang penerima anugerah daripada seluruh IPT; antara tiga peserta dari Malaysia yang menyertai delegasi 11 th University Scholars Leadership Symposium di United Nations Bangkok; serta telah Berjaya merangkul 11 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa bagi pertandingan inovasi secara individu dan berkumpulan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 1 Aufa Abdullah,23, graduan Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) anak sulung dari dua beradik ini tanamkan azam dari awal untuk mengubah nasib keluarganya melalui pendidikan. Beliau percaya dengan ilmu yang berkat disulami dengan keredhaan ibu dan ayah pasti Allah akan permudahkan setiap urusan kita. 2 “Sangat Cintakan Ilmu Yang Mendalam” - Penerima anugerah Diraja Pingat Jaya Cemerlang USIM bergraduasi di Majlis Konvokesyen ke-21 USIM Muhammad Isyraq Husaini Muliadi, 23, graduan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Fakulti Syariah dan Undang-undang; anak kedua dari empat beradik merupakan Felo Perdana 2023 kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelbagai kejayaan dan pengalaman dalam dunia pidato dan debat menjadikan beliau seorang yang matang dalam setiap keputusan yang dibuat. “Gunakanlah sekecil-kecil peluang untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman. Ilmu itu didatangi bukan untuk mendatangi. Setiap ilmu perlu disulami dengan adab. Letak Allah yang pertama dan utamakan ibu ayah, insyaAllah semuanya baik-baik”. Inilah pegangan yang dibawa sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazah buat Muhammad Isyraq Husaini Muliadi dan Aufa Abdullah , penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) di Majlis Konvokesyen ke-21 USIM pada 12 Disember 2023. T ahun 2020 adalah detik hitam dalam kehidupan saya apabila ayah pergi buat selamanya. Itulah permulaan kepada sebuah kebangkitan yang menguatkan setiap usaha dan daya untuk terus bergerak maju ke hadapan. Saya percaya kehilangan yang Tuhan aturkan ini, bukanlah satu alasan untuk saya meratapi nasib dan kesedihan tetapi sebenarnya tuhan sedang mengajar bahawa dalam dunia ini tidak semua yang kita inginkan itu dapat dikecapi”, ujar Muhammad Isyraq Husaini Muliadi. “ “ BeritaKampus 28

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=