e-Risalah Oktober - Disember 2023

Rancangan realiti yang berjaya mengangkat keindahan seni azan tidak lain adalah untuk meraikan kesenian dan kepentingan azan yang juga panggilan kepada umat Islam untuk mengerjakan solat dan para peserta dinilai berdasarkan kualiti suara, ketepatan nada, ekspresi, emosi dan keseluruhan persembahan. Pentas Akhir Pertandingan Inovasi Lagi Rakyat 2023 berjaya mencapai objektifnya sebagai platform yang unik kepada bakat-bakat muda untuk berinovasi dalam bidang seni lagu serta meningkatkan minat membaca buku dalam kalangan mahasiswa. PertandinganInovasi LaguRakyat2023 tarikminat anakmudadalamberkreativiti AlumnidanpelajarUSIMungguli rancangan realitiMuazin terbitanSuhan U SIM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menjayakan Pentas Akhir Pertandingan Inovasi Lagu Rakyat 2023 bertempat di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Program ini dianjurkan untuk memupuk dan mendorong kreativiti khususnya dalam penghasilan lagu-lagu rakyat yang unik dan inovatif dalam kalangan anak muda ini berjaya menarik perhatian ramai. Menurut Dr. Nur Aqilah Hazirah Mohd Anim selaku pengarah program berkata, penyertaan yang dibuka bermula 10 Julai sehingga 31 Ogos 2023 yang lalu bertujuan untuk meningkatkan minat membaca buku dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi selain menyemai rasa cinta kepada ilmu pengetahuan melalui seni lagu. “Ia melibatkan empat kumpulan peserta iaitu Puspa Dinda, Gemala Mentari, Pulang Pagi, dan Serasi yang berentap dalam pentas akhir. Kategori yang dipertandingkan ialah persembahan terbaik, lirik terbaik, dan lagu terbaik. Pemenang membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM1500 bagi tempat pertama, RM1300 bagi tempat kedua, dan RM1000 bagi tempat ketiga”, ujarnya lagi. Dalam pertandingan ini, Pulang Pagi mengukir kejayaan dengan memenangi dua kategori utama iaitu Lagu Terbaik dan Persembahan Terbaik. Gemala Mentari tidak ketinggalan apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Lirik Terbaik. Manakala, Puspa Dinda dinobatkan sebagai pemenang sagu hati dan Serasi menduduki tempat ketiga. Hadiah utama dimenangi oleh Gemala Mentari, manakala Pulang Pagi meraih tempat kedua. A lumni dan pelajar USIM menggungguli rancangan realiti Islamik Malaysia apabila merangkul gelaran juara dan tempat ketiga bagi program realiti Muazin (kategori Bilal) 2023 terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Zainur Irsyadi Zainal, 28 merupakan alumni Program Sains Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina yang bergraduasi tahun 2017. Penglibatan beliau dalam bidang seni suara bermula dengan didikan daripada ibunya yang merupakan seorang guru agama dan pertama kali melaungkan azan pada usia tujuh tahun di Masjid Qariah, Kampung Kuala Jempol, Negeri Sembilan. Pelbagai pencapaian dan pengalaman yang telah beliau perolehi sepanjang penglibatannya di bidang ini antaranya Naib Johan Tilawah Al-Quran Negeri Sembilan 2020, mewakili Malaysia ke Musabaqah Azan Antarabangsa di Riyadh 2022, Muazin Subuh RTM1 dan RTM2 serta Qari Tadarus Ramadan RTM1. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000.00, tiga pakej umrah beserta trofi. Meraih kedudukan ketiga dalam rancangan yang sama adalah ikon yang tidak asing lagi dalam dunia tilawah iaitu Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abdul Mohsin yang merupakan pelajar tahun akhir program Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.00 beserta trofi. BeritaKampus 21

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=