e-Risalah Oktober - Disember 2023
M enghayati keindahan seni mestilah mengikut syariat Islam. Oleh itu, kepentingan untuk membudayakan atau mengamalkan seni yang indah dan bermanfaat perlu ditekankan dalam aspek kehidupan masyarakat. Dalam usaha untuk membudayakan keindahan seni selari dengan Islam, USIM kini melancarkan sebuah Buku Garis Panduan Persembahan Seni Berbudaya USIM sebagai rujukan khususnya kepada individu dan organisasi yang menumpukan penganjuran program seni budaya. Program ini mengambil tempat Panggung Budaya Pusat Kebudayaan USIM. Penerbitan buku ini bertujuan memberi informasi tepat kepada penganjur, badan- badan pelajar, warga USIM khususnya dan pihak yang berkepentingan amnya dalam melaksanakan program persembahan seni budaya dan penerbitan seni. Naib Canselor Prof Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, penghasilan garis panduan ini amat signifikan untuk mensasarkan komuniti, organisasi atau pihak yang bersesuaian sebagai jaringan USIM menjalankan hubungan atau kerjasama pada masa akan datang. Langkah proaktif ini sejajar dengan pelaksanaan program berimpak tinggi dan pada masa yang sama meningkatkan visibility USIM kepada masyarakat terutama dalam bidang seni budaya. Garis panduan ini menumpukan kepada tiga bidang persembahan seni sebagai fokus utama iaitu Penerbitan Seni, Seni Persembahan dan Seni Visual. Ia digarap oleh buah fikir budayawan, cendekiawan dan penggiat seni budaya tanah air yang berpengalaman serta rujukan beberapa garis panduan yang sedia ada daripada badan-badan berautoriti dan ditambahbaik mengikut pedaran semasa. Antara panel penyedia yang dilantik terdiri daripada Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusof Pakar bidang Tafsir Al-Quran dan Penasihat Penerbitan, Ismail Ahmed Ketua Panel dan Penulis (Pakar Bidang Budaya), Prof. Dr. Irwan Mohd Subri (Pakar Bidang Fiqh dan Penasihat Syariah), Pensyarah dan merangkap penasihat produk Seni USIM). Karyawan-karyawan Seni Syed Indera Syed Omar (Pakar Bidang Seni Budaya : Seni Persembahan) Muhammad Razin Che Mud (Pakar Bidang Seni Budaya : Kandungan Media Digital) Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman USIM, (Pakar Bidang Seni Budaya : Taranum), Mohd Huzaimi Mohd Zaini Tenaga Pengajar Seni Budaya USIM Panel (Pakar Bidang Seni Budaya: Kandungan Program dan Persembahan Seni). Turut melibatkan enam orang penulis terdiri daripada kakitangan Pusat Kebudayaan USIM serta penghasilan animasi oleh Zarihi Nubhan Abdul Rahman yang juga alumni USIM. Garis panduan ini juga memuatkan kod scan QR di setiap halaman tajuk untuk diimbas oleh pembaca yang ingin menyaksikan paparan motion grafik berkaitan topik Penerbitan Visual, Seni Persembahan dan Seni Visual. Visual animasi yang disediakan ini lebih memudahkan para pembaca membuat rujukan secara pantas melalui peranti telefon pintar dan tablet bersesuaian dengan keperluan semasa. “Tahun 2023 pastinya banyak meninggalkan kenangan manis untuk dikenang. Saya turut berasa berbangga dengan Pusat Kebudayaan USIM, apabila dinobatkan sebagai Pusat Kebudayaan terbaik Universiti Awam oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) selama 8 tahun berturut-turut dan USIM antara universiti yang aktif dijemput menjayakan program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi. Melalui program berimpak tinggi dan penerokaan inovasi- inovasi baharu yang telah dicipta ini, saya kira kerjasama akrab ini boleh dipanjangkan lagi bersama JAKIM selepas ini” Prof Dato Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Pelancaran buku garis panduan ini dirasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam). Tidak Sekat Kreativiti untuk Berkarya USIMlancarBukuGarisPanduanPersembahanSeni Berbudaya, BeritaKampus 20
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=