e-Risalah Oktober - Disember 2023
Debat Diraja antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 P erasmian Penutupan Debat Diraja telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin Barisan pendebat USIM dibarisi oleh Muhamad Afiq Arsyad Bin Awang@Tarmizi, mahasiswa Tahun 4 Fakulti Ekonomi Dan Muamalat sebagai Ketua Kumpulan, Haafizah Binti Mohd Rosli, Tahun 4 Dari Fakulti Syariah Dan Undang-Undang, Maisarah Binti Ahmad Azmi, Tahun 3 dari Fakulti Syariah Dan Undang-Undang dan Muhammad Shabil Irfan Bin Mohamad Sabri, Tahun 3 dari Fakulti Ekonomi Dan Muamalat. Bertindak sebagai Kerajaan bertemu pasukan Universiti Malaya sebagai Pembangkang membahaskan usul bertajuk “sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, dewan akan membina naratif sejarah palsu demi keharmonian sosial”. Muhamad Afiq Arsyad dalam ucapannya berkata persiapan pasukan sebelum pertandingan agak mencabar kerana latihan yang dijalankan kebanyakannya adalah pada waktu malam. “Masanya agak singkat untuk kami membuat latihan seperti mencari dan memahami fakta, memperbaiki Bahasa Arab dan sparring debat, namun komitmen dari seluruh keluarga debat tidak pernah menjadikan latihan itu memenatkan tetapi penuh dengan manfaat dan ilmu. Ini merupakan hadiah terbaik buat diri saya dan juga Kelab Debat Arab Al Muthla USIM. Hasil bantuan dan nasihat serta didikan oleh jurulatih Ustaz Syafwan dan senior yang tak jemu menurunkan ilmu kepada saya dan ahli lain. Kejayaan ini bukanlah dari usaha saya sahaja, tapi dari seluruh keluarga Debat Bahasa Arab USIM, ujarnya yang merangkul Pendebat Terbaik Keseluruhan kategori Bahasa Arab”, ujarnya. Pertandingan Debat Diraja Edisi Ke-24 ini disertai oleh 85 buah IPT yang merangkumi 28 universiti awam dan swasta di Malaysia telah bermula pada 17 November 2023 bagi tiga kategori iaitu Kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inngeris dan Bahara Arab. Antara universiti yang turut bertanding ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Univeristi Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Pasukan Debat Bahasa Arab USIM terusmencipta kejayaan di pentas debat universiti apabilamuncul Naib Johan dalamPertandingan Akhir Debat Diraja antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 yang berlangsung pada 18 Disember 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. USIMNaibJohan BeritaKampus 18
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=