e-Risalah Oktober - Disember 2023
USIM bersama Jamia Markazu jalin kerjasama perkasa micro-credential D alam usaha memperkasa produk micro-credential, USIM terus mengorak langkah proaktif, menjalin kerjasama strategik dengan Jamia Markazu Saqafathi Sunniya (Markaz), India melalui menandatangani memorandum persefahaman (MoU). Melalui perjanjian ini, kedua belah pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam mempromosikan produk micro-credential di platform masing-masing. USIM mengetengahkan Kursus Membina Kamus Poket Peribadi Bahasa Arab yang mempunyai ciri-ciri yang dinamik dan mampu untuk menjadi rujukan global, melalui akses yang disediakan di platform Markaz iaitu https://meemacademia.com/ Kursus yang ditawarkan oleh Markaz iaitu Easy Tajweed yang kini boleh diakses melalui platform USIMMOOC iaitu https://mooc.usim.edu.my . Micro-credential (MCr) ialah pensijilan digital pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang dinilai dalam bidang tertentu, yang boleh menjadi komponen program bertauliah atau kursus mandiri yang menyokong pembangunan individu profesional, teknikal, akademik dan peribadi. Ia juga trend terkini dalam pendidikan tinggi sebagai respons kepada keperluan untuk menyediakan tenaga kerja yang mahir untuk masa depan bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan khusus dalam bidang tertentu. MCr kebiasaannya ditawarkan dalam talian dan semakin popular sebagai cara yang fleksibel dan mudah untuk meningkatkan pembangunan profesional seseorang. Diharapkan agar kerjasama ini dapat diperkembangkan lagi pada masa hadapan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak selain dapat melestarikan perluasan ilmu merentasi jarak dan masa serta menyegarkan dunia akademia dengan kursus-kursus pembelajaran sepanjang hayat yang pelbagai untuk kemenjadian masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas. U SIM melalui Pusat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menganjurkan Karnival Kerjaya USIM X MYFutureJobs 2023 bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Ia menjadi salah satu strategi untuk membantu meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan USIM dan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini serta membuka pelbagai peluang kepada pelajar USIM dalam melangkah ke alam pekerjaan. Karnival yang berlangsung selama dua hari ini disertai oleh 40 pempamer melibatkan pelbagai industri termasuk 10 pempamer USIM yang mengetengahkan showcase USIM dengan kehadiran lebih 1000 orang pengunjung serta memberikan manfaat kepada graduan, termasuk terbuka kepada orang awam di sekitar Nilai dan berdekatan bagi mendapatkan maklumat berkenaan peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pelbagai pihak industri/majikan. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapan perasmian berkata, USIM telah mendapat 96.1% kadar GE bagi tahun 2022. USIM melalui Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) rasa bertanggungjawab untuk membantu KPT dalam menjaya serta menaikkan peratusan GE di peringkat nasional dengan menganjurkan Karnival Kerjaya USIM X MYFUTUREJOBS ini. “Karnival ini merupakan salah satu platform graduan bukan sahaja di USIM malahan graduan di IPT lain serta masyarakat setempat mengejar impian dan meniti jalan kejayaan dalam bidang pekerjaan. Ia adalah peluang untuk mengenal pasti potensi diri, mencari peluang pekerjaan, serta membina rangkaian dan hubungan yang berguna dalam dunia kerjaya”. Jelas beliau lagi. turut hadir ke majlis perasmian adalah Puan Rosimah Arsah, Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Sembilan; Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta Pengurusan Tertinggi Universiti dan tetamu jemputan. Karnival Kerjaya USIM X MYFutureJobs 2023 tarik lebih 1000 pengunjung BeritaKampus 17
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=