e-Risalah Oktober - Disember 2023
Penyerahan Kunci Rumah Asnaf Contoh kepada USIM M ajlis Penyerahan Kunci Rumah Asnaf Contoh oleh Syarikat RPG Group kepada USIM yang diwakili oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani telah diadakan di Kolej Kediaman Satu. Projek Rumah Asnaf Contoh ini memperkenalkan rumah teknologi hijau untuk dijadikan ilham kepada pusat- pusat zakat Majlis Agama Islam di seluruh Malaysia sebagai model rumah asnaf yang di bangunkan oleh pihak berwajib. Rumah ini akan diserahkan dan diperkasakan sebaiknya oleh Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) yang telah diberi mandat untuk melestarikan kepelbagaian pembangunan di USIM. Dalam usaha untuk meningkatkan janaan dan pendapatan universiti, PRUPEL bercadang untuk membuat sedikit lagi penambahbaikkan supaya rumah ini sesuai dijadikan sebagai rumah tamu bagi membolehkan ibu bapa, orang awam, serta pengunjung universiti membuat sewaan penginapan pada kadar yang berpatutan. Seramai 200 peserta termasuk 38 graduan tahun 2018 dan 2022 FKAB serta pelajar dari beberapa Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta orang awam telah menyertai program ini menerusi Program Kebolehpasaran Graduan Penjana KPT-Career Advancement Programme (KPT-CAP) berjumlah RM60,000.00. PRUPEL telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia sebagai tempat latihan yang menepati standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan bagi melatih staf dan mahasiswa USIM dalam bidang pengemasan. Seramai 10 orang perantis terdiri daripada Jawatankuasa Kebajikan Siswa/Siswi Kolej Kediaman telah berjaya menamatkan program Persijilan Kemahiran Malaysia dalam bidang Operasi Pengemasan Tahap 2 pada bulan Oktober yang lepas dan akan ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. M enghimpunkan fatwa-fatwa dalam bidang tertentu untuk dijadikan sebuah buku bukanlah mudah, namun dengan terzahirnya sebuah buku kompilasi fatwa yang komprehensif serta dapat membantu pemahaman dan rujukan umum sewajarnya dipuji dan diberi penghargaan. USIM menerusi Pusat Penerbit baru-baru ini telah melancarkan buku kompilasi bertajuk Fatwa-Fatwa Perubatan di Malaysia hasil susunan Pensyarah Perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dr. Muhamad Rafiqi Hehsan. Buku yang diterbitkan melalui Dana Penerbitan Inisiatif Belanjawan 2023 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu mengumpulkan semua fatwa berkenaan perubatan yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Mufti setiap negeri. Dengan terhasilnya buku ini, manfaat yang sangat besar dapat dikongsikan kepada pelajar, pensyarah, pengamal perubatan dan juga ahli agama serta masyarakat bagi mendapatkan fatwa-fatwa perubatan dalam satu bahan rujukan yang komprehensif. Dana penerbitan yang diterima oleh Pusat Penerbit ini merupakan insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk mempergiat aktiviti perbukuan dan terjemahan. Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari dalam ucapan pelancaran buku tersebut berkata, DBP amat menggalakkan penghasilan buku-buku akademik dalam Bahasa Melayu, terutamanya bagi penulis dalam bidang Syariah, Perubatan dan Undang- undang untuk turut sama menyumbang dalam penerbitan buku-buku akademik dalam bahasa Melayu tidak mengira sama ada melalui penerbit agensi masing-masing atau melalui hantaran terus manuskrip kepada DBP. Ini selaras matlamat utama kerajaan untuk memperkasakan industri buku negara serta mengembangkan ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Buku Kompilasi Fatwa-Fatwa Perubatan Di Malaysia Jadi Rujukan Akademik Dan Umum BeritaKampus 16
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=