e-Risalah Oktober - Disember 2023

Lebih3,000orangberhimpundiUSIM, tandasolidaritibersamaPalestin USIMteruskan inisiatif solidariti, anjursolathajat&qunutnazilahuntukPalestin P ada 6 Disember 2023, USIM meneruskan kempen solidariti dengan menganjurkan program ’USIM Berzikir untuk Palestin’ yang diadakan dengan hasrat untuk menyeru warga USIM dan masyarakat muslim sekitar untuk bersama-sama menyatakan dan mengukuhkan solidariti terhadap Palestin dengan pelbagai pengisian antaranya, solat hajat, bacaan Doa Qunut Nazilah serta Zikir Munajat. Lebih bermakna, semua pelajar dan kakitangan warganegara Palestin yang berada di USIM turut dijemput bagi merasai kebersamaan warga USIM bersama dengan rakyat Palestin selain berkongsi pengalaman, perkembangan terkini di tanah air Palestin dan nasihat yang boleh dikongsikan kepada warga USIM khasnya, dan kepada masyarakat sekitar umumnya. Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam ucapannya berkata, sebagai tanda sokongan dan cakna kepada warga Palestin, satu pertemuan antara Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) USIM dengan warga Palestin USIM telah diadakan pada 23 November 2023. Pengurusan USIM juga bersetuju agar pelajar Palestin di USIM yang terkesan dengan peperangan ini diberikan kadar yuran pengajian tempatan, penangguhan khas pengajian bagi pelajar siswazah selain kutipan berjumlah RM33,210.47 yang dikumpul melalui Kempen #USIMPrihatin Palestin yang telah dilancarkan pada bulan Oktober 2023 yang lepas diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di atas sumbangan kemanusiaan. K ira-kira lebih 3,000 warga USIM berhimpun di Kompleks Islam Tuanku Mukriz USIM sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin bersempena penganjuran Forum Palestin: ‘Masa Untuk Kebangkitan’ yang dibarisi oleh panel selebriti Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi yang juga dikenali sebagai The Helmis; serta Ketua Aktivitis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, iaitu Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby baru-baru ini. Program anjuran Malaysian Consultative Council of Islamic Organization (MAPIM) dengan kerjasama USIM ‘Alamiyyah dan Pusat Islam ini mendapat sambutan dan sokongan hebat dengan kehadiran mahasiswa serta masyarakat sekitar untuk mendapat kesedaran dan semangat mengecam tindak tanduk kekejaman zinonis di negara Palestin. Heliza menyeru agar semua anak muda khususnya mahasiswa untuk menggunakan media sosial masing-masing untuk sama-sama menyebarkan fakta sahih tentang isu Palestin serta memperbanyakkan doa untuk kemenangan dan kesejahteraan umat Islam di Palestin. Dr. Fauziah Hasan, Pengarah USIM ‘Alamiyyah, berkata, USIM mempunyai 24 Alumni dari Palestin; 178 pelajar aktif; dan 3 pensyarah yang berasal daripada Palestin. Justeru, dalam usaha membantu alumni, pelajar dan staf, serta ahli keluarga masing-masing yang terkesan teruk akibat serangan rejim Israel ke atas wilayah Gaza, USIM melancarkan Kempen Prihatin Palestin melalui Tabung Prihatin USIM yang diuruskan oleh Pusat Wakaf dan Zakat USIM. Ujarnya lagi, melalui tabung ini, warga USIM dan orang ramai berpeluang untuk menyumbang bagi tujuan menampung keperluan mendesak seperti bantuan perubatan, peralatan hospital, tempat perlindungan dan makanan untuk membantu rakyat Palestin dari kalangan alumni, pelajar dan Staf USIM. Sama-sama kita membantu rakyat Palestin dalam kalangan warga USIM dan keluarga masing-masing yang kini sedang terhimpit dalam kemelut konflik dan krisis kemanusiaan menerusi Tabung #USIMPrihatin. BeritaKampus 13

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=