e-Risalah Oktober - Disember 2023
N azurah Farzana Zulkifflee, 20, yang berasal dari Sabah merupakan mahasiswa tahun dua FPg yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 7,530 undian berbanding 7,474 undian yang dimenangi oleh saudara Ibni Umar Abdul Aziz Iswady Fazly dari FPQS. Nazurah Farzana dalam kenyataannya berkata, beliau tidak menyangka akan memenangi undian tertinggi, dan hanya mendapat tahu ketika menyaksikan pengumuman secara dalam talian menerusi platform facebook USIMTV. Ibni Umar Abdul Aziz, 22, mahasiswa tahun tiga FPQS berkata, beliau akan menunaikan manifesto untuk menjenamakan mahasiswa USIM ini sebagai mahasiswa Muslim profesional yang berbakat serta berdaya saing untuk meningkatkan ekonomi mampan dan sejahtera dalam kalangan mahasiswa. USIMCatat 91.83Peratus Pelajar KeluarMengundi Dalam PemilihanMajlisPerwakilanPelajar • Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) USIM berlangsung dengan lancar dan menyaksikan 91.83 peratus pelajar turun mengundi berbanding 83.73 peratus pada tahun lepas. Keputusan ini merupakan antara yang tertinggi dicatatkan oleh Universiti Awam. • Sebanyak sembilan kerusi umum dan 18 kerusi fakulti menjadi rebutan calon- calon yang bertanding. • Proses pemilihan calon diadakan pada 5 Disember 2023 melalui laman web pilihmpp. usim.edu.my dengan 19 calon menawarkan diri bertanding di Kerusi Umum dan 31 calon bertanding di kerusi fakulti. • Seramai 10,569 mahasiswa yang turun mengundi daripada 11,509 yang layak mengundi telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang secara dalam talian dan satu pusat pengundian di FPQS. “Terima kasih kepada semua mahasiswa yang telah turun mengundi dan menjalankan tanggungjawab anda, saya akan pikul tanggungjawab dan amanah ini untuk membawa dan memperkasakan mahasiswa USIM dengan bergiat aktif daln bekerjasama dengan badan-badan NGO luar dalam pelbagai jaringan aktivisma, serta memupuk dan menyuburkan biah islamiah dalam kalangan mahasiswa”. - Nazurah Zulkifflee BeritaKampus 11
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=