e-Risalah Oktober - Disember 2023

S elaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan kebebasan kepada mahasiswa dalam membantu menguruskan universiti, USIM melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) telah melaksanakan langkah memperkukuhkan agenda pemerkasaan mahasiswa dengan meminda proses pelaksanaan gerak kerja berkaitan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pindaan proses gerak kerja tersebut termasuklah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM (JPMPP USIM) yang akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi melaksanakan keseluruhan proses pemilihan MPP. Cadangan penubuhan JPMPP USIM adalah bertujuan untuk memberikan peluang serta kepercayaan kepada pelajar sepenuhnya untuk melaksanakan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar berdasarkan kepada tanggungjawab untuk merancang, mentadbir, menyelaras dan mengawal selia proses pelaksanaan Pemilihan MPP USIM dan semua perkara yang berkaitan dengannya. Naib Canselor USIM dalam ucapan majlis penyerahan watikah pelantikan JPMPP mengucapkan jutaan tahniah dan penghargaan kepada JPMPP kerana sudi menyahut seruan pengurusan universiti khususnya dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amnya dalam merealisasikan agenda permerkasaan mahasiswa di USIM. Komitmen yang ditunjukkan melangkaui tugas biasa yang diadakan secara rutin. Ahmad Muslimin Halim, Pengerusi JPMPP yang juga pelajar tahun akhir Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) berkata, JPMPP merupakan platform yang amat baik untuk melahirkan pelajar USIM yang mampu menguruskan proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar dengan baik dan jayanya. Selaras dengan harapan USIM untuk meningkatkan peratusan turun mengundi sebanyak 90% pada tahun ini, JPMPP juga diharap dapat membantu menyemai kesedaran dan semangat ingin turun mengundi di kalangan pelajar USIM”. Agenda pemerkasaan mahasiswa ini tercetus daripada usul yang dibentangkan oleh wakil kepimpinan mahasiswa yang diketuai oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan disambut baik oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memberikan autonomi kepada pelajar dalam menguruskan hal ehwal mahasiswa. “Besar harapan saya agar barisan JPMPP yang pertama ini menjadi pemudah cara kepada semua PTj di USIMdengan menjaga hubungan baik bersama pihak pengurusan universiti sertamengharmonikan perhubungan pelajar dan pihak pengurusan.” Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor USIM Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USIM Penubuhan Perkasa Agenda Mahasiswa Seramai 25 orang mahasiswa USIM dari pelbagai badan pelajar dan wakil fakulti telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) USIM bagi Sesi Akademik 2023/2024. Majlis penyerahan watikah pelantikan JPMPP ini telah diadakan bertempat di Dewan Senat USIM. BeritaKampus 10

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=