e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2022

USIMdanNestlebekerjasama beri pendidikanhalal keSekolah USIMdanUNMAKukuh KerjasamaMelaluiMoU U SIM dan Nestle Product Sdn. Bhd. (Nestle) menjalin kerjasama dalam memberi pengetahuan dan kesedaran berkaitan keperluan kepada pemakanan halal serta kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada pelajar sekolah. Kerjasama strategik ini dimeterai dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjanjian (MoA) antara USIM dan Nestle di Hotel Tenera Bangi bagi pelaksanaan Program Halal@School with Nestle. Program Halal@School with Nestle adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM dengan kerjasama Nestle Malaysia. Bertemakan “Nutrisi Halal, Pendidikan Cemerlang”, Halal@School with Nestle memberi penekanan kepada pemahaman berkaitan kepentingan pengambilan makanan yang Halal serta pada masa yang sama cakna kepada produk makanan bersih, selamat dan sihat. Kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan ilmu-ilmu agama Islam serta kepakaran akademik antara intipati termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara USIM dan Universitas Mathlaul Anwar (UNMA) Banten, Indonesia yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan USIM. Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, USIM kini berusaha menggerakkan dan mengaktifkan kerjasama dengan banyak pihak antarabangsa, terutama untuk tujuan latihan, penyelidikan, dan perkongsian kepakaran. ”Kami yakin bahawa agenda untuk meningkatkan ummah memerlukan usaha yang bersepadu, dan tidak ada negara yang dapat bertahan dengan sendirinya. Pengetahuan, kemahiran dan nilai berdasarkan Al-Quran dan Sunnah mesti dikongsi ke tahap optimum dalam konteks pengajian tinggi”, ujar Prof. Ts. Dr. Sharifudin. Menurut Naib Canselor USIM, Profesor Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, kerjasama USIM dan Nestle merupakan salah satu langkah proaktif industri dalam menyokong program penyebaran ilmu kepenggunaan halal yang dilaksanakan oleh pihak Universiti kepada masyarakat. “IFFAH USIM merupakan sebuah pusat tanggungjawab Universiti yang menfokuskan keilmuan fatwa dan halal untuk mendidik masyarakat dalam memacu kecemerlangan dan sinergi kelestarian fatwa dan halal di seluruh dunia. Secara tidak langsung, kerjasama USIM bersama industri besar seperti Nestle Malaysia ini akan memperkukuhkan keterlihatan USIM di Malaysia”, ujar Profesor Ts. Dr. Sharifuddin. Bermula dari tahun 2018 sehingga kini, sebanyak 13 siri Halal@School with Nestle telah dilaksanakan dengan penglibatan lebih 2,500 orang pelajar dari 54 buah sekolah di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor.  ”Kami juga berharap dengan memorandum persefahaman ini akan membantu USIM untuk menghasilkan Graduan dan Alumni yang profesional, berintegriti dan kompeten, menghasilkan pelajar yang beradab, holistik dan seimbang serta cemerlang dalam akademik melalui kurikulum yang terkini; dan meningkatkan pengiktirafan USIM dalam Pendidikan Islam, Sains Islam, Sains Sosial dan Bahasa Arab dalam menarik lebih ramai pelajar, penyelidik, pakar-pakar serta ahli akademik untuk berkerjasama dengan USIM”, tambahnya. USIM diwakili oleh Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, manakala Universitas Mathalul Anwar Banten diwakili oleh Rektor Prof. Dr. KH.E. Syibli Syarjaya. OGOS 2022 9 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=