e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2022

OGOS 2022 7 | M ajlis Menandatangani Memorandum Persefahaman dan Nota Kerjasama bagi Program Memperkasa Pendidikan Pengundi (Undi 18) antara Universiti Awam termasuk USIM bersama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Ia bertujuan mewujudkan jawatankuasa untuk membincangkan perlaksanaan program memperkasa pendidikan pengundi mahasiswa. Majlis disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi. USIM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani sebagai tanda universiti menyokong hasrat Kementerian Pengajian Tinggi ini. Turut hadir bersama Tnchepa USIM dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar USIM. M ajlis Perasmian Sambutan Hari Alumni USIM 2022 telah berlangsung dengan kerjasama Persatuan Alumni USIM, Majlis Usahawan Alumni USIM (MAWASIM), Kelab Sahabat Alumni dan Penerbit USIM dalam usaha membantu memperkukuhkan hubungan antara alumni dan alma mater tercinta. Sambutan tahun ini telah memperkenalkan Anugerah Inspirasi Keluarga Alumni USIM buat julung kalinya. Keluarga Mejar Jeneral Hj. Mohd Anas Bin Hj Hasan telah dianugerahkan Anugerah Inspirasi Keluarga Alumni, apabila lima orang anaknya melanjutkan pelajar di USIM manakala dua orang anaknya lagi kini berkhidmat masing- masing sebagai pensyarah dan pengusaha kafeteria di USIM. USIM sokong Undi18 USIM Rai Hari Alumni 2022 https://bit.ly/3fFVqHz Jom Tonton SalamUSIM-Majlis PerasmianSambutan HariAlumniUSIM

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=