e-Risalah USIM - Edisi Ogos 2022

OGOS 2022 6 | S ebanyak 500 pek bubur asyura diagihkan bersempena hari kebesaran Islam pada bulan Muharam, yang dianjurkan oleh Pusat Islam dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan USIM dan Sekretariat Pelajar di bawah Pusat Islam. Program Memasak Bubur Asyura ini dijalankan secara gotong royong di dapur USIM yang terletak di Kompleks Islam Tunku Muhriz. Pengarah Pusat Islam, Dr. Asharaf Mohd Ramli berkata, penganjuran program ini telah memupuk kerjasama antara staf dan pelajar dan semangat kesukarelawanan antara mereka. “ “Seawal pagi semua sukarelawan telah bersiap sedia dan seusai solat berjemaah, para jemaah dan tetamu diberikan juadah bubur yang disediakan”, ujarnya. S eramai 123 orang atlet yang terdiri daripada 66 atlet lelaki dan 57 atlet wanita terpilih untuk mewakili USIM di Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022. Sebanyak 11 acara USIM sertai daripada 21 acara yang dipertandingkan bermula 12 hingga 21 Ogos bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen USIM kepada atlet telah disempurnakan oleh Naib Canselor Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Sharaani bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM. Pusat Islam anjur Program Memasak Bubur Asyura USIM Rangkul 4 Pingat di SUKIPT 2022 Momen@USIM https://bit.ly/3e0p6z1 Jom Tonton SalamUSIM-Majlis PenyerahanBendera KontinjenUSIM-SUKIPT

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=